Menu ayam bawang ini memang kegemaran kalau makan di restoren nasi kandar. Malah ada juga yang sanggup ke restoren nasi kandar di Penang semata untuk makan lauk ayam bawang ini.
Mesti ramai juga yang tertanya-tanya macam manalah nak buat ayam bawang yang sedap ni. Okay, ini dia cara membuatnya ya, dikongsi oleh orang Penang sendiri Che Atie.
Cara buat ayam bawang Pulau Pinang
1. Sediakan bawang besar selabu dimayang halus, daun pandan sehelai di potong empat, daun kari setangkai dan ayam digaul garam kunyit.
2. Mula-mula goreng bawang yang dimayang sehingga kekuningan dan toskan.
3. Minyak goreng bawang tadi guna goreng ayam garam kunyit. Goreng ayam tiga perempat masak.
4. Gunakan minyak goreng ayam tadi satu senduk dan tumis daun pandan, daun kari, rempah empat sekawan.
Ads
5. Masuk pes halia bawang putih dan kacau.
6. Masuk pes bawang besar satu labu yang dikisar dengan air. Masuk pes dulu, kacau kemudian baru masuk air bawang untuk kuah.
Ads
7. Seterusnya masuk 2 sudu serbuk cili, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk serbuk jintan manis dan jintan puteh, 1 sudu serbuk kari daging, setengah sudu garam masala. Kacau.
8. Masuk 1 sudu sos cili, sos tamato, sos tiram. Kacau.
9. Masuk garam gula secukup rasa, Che atie pakai gula perang. Garam jangan masuk banyak sangat sebab ayam goreng kunyit tadi dah masin. Gaul biar sebati, kuah biar pekat.
Ads
10. Masuk ayam yang digoreng tadi, kacau biar sebati.
11. Akhirnya sekali masuk bawang yang digoreng tadi. Kacau, siap!
Pokok dalam pasu dah mati, cadang nak tanam pokok baru tapi jangan pula terus cabut dan masukkan anak pokok.
Tanah lama dalam pasu kena suburkan semula barulah pokok baru yang ditanam turut subur. Perkara ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang memang selalu berkongsi tip bercucuk tanam di dalam akaun Facebook miliknya selain memberikan panduan untuk menyuburkan semula tanah.
Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain
Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.
Cara recycle tanah lama
Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.
Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).
Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.
Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.
Sushi antara makanan luar negara yang semakin digemari oleh masyarakat Malaysia. Apatah lagi sushi yang diolah ikut cita rasa Malaysia.
Jika biasanya menu dari Jepun ini menggunakan nasi, rupanya kita boleh tukar menggunakan roti saja. Kreatif kan orang kita! Untuk yang sedang diet atau tak mahu makan nasi boleh buat sushi ini.
Hidangan sushi roti sandwic ini memang takkan jumpa di kedai, jadinya kena buat sendiri. Cara membuatnya dikongsi Shahrul Bieha.
Cara buat sushi guna roti keping
Bahan-bahan
Seaweed roasted – potong dua (untuk buat sushi)
Roti keping (Gardenia) – dilenyek
Salad – secukupnya
Lobak merah – dipotong memanjang
Sosej – potong dua/crabstick celur
Gravvy, topping, lagi banyak lagi sedap
Sos cili
Mayonais
Thousand Island/keju
Bijan
Cara membuat:
1. Sapu mayonis pada roti depan dan belakang
2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua. Saya pakai 1 1/2 atau 2 keping roti lenyek.
3. Susun lobak merah, sosej, daun salad macam buat sandwic.
4. Gulungkn sandwic kemudian potong kepada 5 bahagian.
Kebelakangan ini minuman bubble milk tea atau boba jadi kegilaan ramai. Sanggup beratur panjang untuk menikmati minuman yang harganya pun boleh tahan.
Tapi untuk korang yang teringin atau dah ketagih tapi malas nak beratur dan nak jimat boleh saja buat sendiri minuman dengan pearl hitam yang katanya nikmat sangat nih.
Caranya dikongsi oleh Aida Aida Suhana . Dapatlah rasa minum boba ala Xi Fu Tang atau The Alley tanpa ragu-ragu, murah bersih dan halal. Paling best cara buat dan bahannya senang saja.
Bahan-bahan
Tepung ubi kayu
Pewarna hitam (saya campur warna biru, merah dan hijau)
Sedikit gula perang
Sedikit garam
Air
NOTA: Semua sukatan ikut anggaran sendiri
Cara membuat
Langkah 1
Masak air dengan gula dan garam. Dah cair garam dan gula tutup api masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian uli-uli sampai jadi doh seperti dalam gambar. Kalau cair tambah tepung sampai sehingga boleh digentel.
Langkah 2
Rebus air, gula merah /gula melaka, air, daun pandan.
Langkah 3
Selepas digentel rebus bebola kecil. Gula merah itu akan menjadikan boba sedap, wangi macam dari The Alley. Serius tak tipu.
Langkah 4
Kemudian tuang dalam bekas. Jangan lupa biarkan meleleh kat tepi cawan/ gelas..baru fefeeling kat kedai
Langkah 5
Letak ais. Saya guna fresh milk plus whipped cream sikit. Goncang atau blend boleh untuk hasilkan buih. Kemudian tuang dalam cawan tu. Amacam menggoda kan.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...