Nampak macam ayam masak merah tapi bukan. Ini ayam masak rose, ia antara lauk yang selalu disajikan waktu kenduri.
Memang sedap, cuma sekarang jarang jumpa lauk ini di majlis kenduri. Bagi yang rindu nak makan atau nak rasa keenakan ayam masak rose ini boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Mariana Abd Majid.
Cara buat ayam masak rose ini katanya diperoleh dari tukang masak kenduri sendiri ketika di turut bergotong royong memasak untuk kenduri satu ketika dulu.
Bahan-bahan
Ayam
Rempah -4 sekawan
Serai -2 batang (diketuk)
Daun pandan -2 helai(disimpul)
Cili kering (direbus dahulu dan dikisar)*
Lobak merah (sebatang )*
Tomato(sebiji)*
Bawang besar -3 biji
Bawang putih -5 atau 6 ulas*
Halia (dihiris )*
Serbuk kas kas
Serbuk badam (badam biji kisar halus)
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
Susu cair -setengah tin )
Susu pekat 1 sudu besar
Tomato puri
Daun bawang
Daun sup
Garam kasar
Gula
Perasa (jika suka)
Cara membuat:
1. Basuh ayam dan gaul dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak dan ketepikan seketika.
2. Kisar halus bahan-bahan yang bertanda secara berasingan.
3. Tumis bahan bawang besar yg dihiris bersama 4 sekawan, serai dan daun pandan hingga sedikit layu. Masukkan bahan kisar kisar (bawang besar bawang putih dan halia). Tumis sekejap.
4. Seterusnya masuk pula bahan kisar yang kedua iaitu cili kering, lobak merah dan tomato. Tumis hingga pecah minyak.
5. Selepas pecah minyak masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili,serbuk kas kas(satukan kesemuanya bahan ini dulu dan dijadikan pes).
6. Masukkan susu cair setengah tin, 1 sudu susu pekat, tomato pureidan tambah air. Biarkan mendidih.
7. Selepas mendidih masukkan ayam, serbuk badam, garam,gula dan perasa. Masak sehingga kepekatan kuah yg kita nak.
8. Tutup api dan tabur daun bawang dan daun sup. Siap!
Sumber: Mariana Abd Majid