Kuih apam balik ini selalu jadi hidangan petang. Kebiasaannya kita beli saja, tapi hakikatnya nak buat sendiri apam balik ini mudah sangat.
Pakai kuali non stick saja, bahannya pun sikit. Paling best kalau buat sendiri boleh letak jagung dan kacang banyak. Terpulang nak buat tebal atau nipis dan ranggup. Boleh cuba resipi perkongsian Raihan Mahat ini.
Apam Balik Homemade
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega
Bahan tabur:
Kacang tanah ( beli yang dah siap kisar)
Jagung manis dalam tin
Gula
Cara membuat
1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sapu mentega di permukaan non stick pan. Sapu sikit saja.
4. Tuangkan 2 senduk adunan dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita.
5. Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula, kacang dan jagung. Kemudian lipat dua dan sapu majerin.
6. Supaya senang waktu nak memotong, lalukan pisau kat air terlebih dulu sebelum potong.
Kalau sudah ada tiga anak perempuan tentunya seorang ibu itu mengharapkan kehadiran anak lelaki pula. Paling tidak seorang, barulah terasa lengkap famili.
Namun bukanlah kuasa kita untuk menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Segalanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.
Tapi jika sudah ada berderet anak perempuan mungkin memerlukan usaha juga. Buat ibu bapa yang menginginkan kehadiran anak lelaki ikhtiar perkongsian Dr. Zubaidi Haji Ahmad bolehlah diusahakan.
Antara petua yang selalu diberitahu untuk mendapat anak lelaki berkait dengan pemakanan. Tapi menurut beliau secara saintifiknya belum ada kajian yang mengesahkan bahawa pemakanan akan menentukan jantina anak.
Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa pemakanan mempengaruhi jantina anak yang dikandung oleh seorang wanita.
Ambil makanan berkalori tinggi
Dalam kajian yang dilakukan oleh saintis di Oxford dan Exeter Universities terhadap 740 wanita mendapati wanita yang mengambil makanan berkalori tinggi ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.
Makan pisang
Dalam kajian yang agak lemah, saintis melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan pisang dalam kuantiti banyak melahirkan bayi lelaki.
Ini kerana pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Jadi benarlah petua yang kita dengar sebelum ini mengatakan jika mahu dapat anak lelaki banyak kan makan pisang sebelum melakukan hubungan intim dengan suami.
Minum susu
Bahkan ada juga petua yang mengatakan minum susu sebelum hamil juga boleh membantu mendapatkan anak lelaki.
Makanan laut
Begitu juga dengan petua yang mengatakan bahawa makanan laut boleh menyebabkan ibu hamil anak lelaki. Tiada bukti dari segi sains perubatan tapi tidak salah mencubanya.
Perlu tahu
Untuk mendapatkan seorang anak, harus berlaku percantuman benih lelaki (sperma dan perempuan (ovum). Penentuan jantina pula bergantung kepada sperma yang bersenyawa dengan ovum kerana setiap sperma membawa kromosom Y untuk benih anak perempuan atau kromosom X untuk benih anak perempuan, manakala ovum pula hanya mempunyai dua kromosom X saja.
Sperma yang membawa kromosom Y selalunya lebih aktif dan bergerak menuju ke ovum dengan lebih cepat tetapi hanya mampu hidup pada waktu yang singkat sahaja. Ia hidup lebih lama dalam suasana rahim yang beralkali.
Sementara sperma yang mempunyai kromosom X bergerak lambat tapi hidup dengan lebih lama terutama dalam suasana rahim yang lebih berasid.
Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam faraj wanita dapat diubah menjadi lebih beralkali, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.
Basuh bahagian intim dengan cecair alkali
Oleh itu mereka mencadangkan setengah jam sebelum melakukan persetubuhan, si isteri membasuh bahagian intim dengan sejenis cairan yang mengandungi sodium bicarbonat’ yang bersifat beralkali menggunakan teknik ‘douching’.
Tak salah kita mencuba, kemudian serahkan segalanya kepada takdir-Nya. Jika bukan rezeki memiliki anak lelaki bersyukurlah jika anak yang dilahirkan itu sihat sempurna tak kira lelaki atau perempuan.
Selain ulat dan serangga perosak, kehadiran kucing juga boleh mendatangkan masalah bagi mereka yang bercucuk tanam.
Selalu terjadi haiwan ini membuang najis dan air kencing dekat dengan tanaman. Bukan saja beri masalah bau tapi juga boleh menyebabkan tanaman terutama anak benih mati. Itu belum masuk kucing-kucing ini siap ‘landing’ tidur atas anak pokok.
Pelbagai petua diberikan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan bahan buangan kucing. Antara yang popular dan selalu dikongsi adalah guna air merah, minyak gas dan guna cecair pewangi baju. Tapi malangnya tak jalan.
Cuba guna serbuk cili pula!
Kalau dah semua cara ini tak berkesan, boleh cuba pula trik yang dikongsi oleh Rose Melati. Caranya guna serbuk cili! Katanya petua yang diberi oleh rakan berbangsa India ini memang berkesan.
Cuma beli serbuk cili dan tabur sekeliling pokok. Pastikan jauh daripada akar ya dan jangan letak terus pada pokok.
Bila serbuk ini dah hilang akibat siraman atau hujan boleh tabur semula, untuk elak kucing datang lagi.
Ujarnya, setakat ini petua guna serbuk cili ini sangat mujarab. Tiada seekor pun yang datang, lalu pun tak. Mungkin kerana kesan bau cili dan kepedasannya.
Bagi yang dah habis idea untuk halau kucing ‘membuang’ dekat tanaman atau laman rumah boleh cuba kaedah ini ya.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...