Tengok ayam panggang macam ni kita pun terliur. Nampak sedap dan sememangnya sedap kata Nor Atika Nazirah. Malah menu ayam panggang rosemary ini memang ‘kegemaran suami dan anak-anaknya. Suka sangat-sangat katanya, rasanya kalah Kenny Rogers!
Turut berkongsi resipi, kata beliau ayam panggang ini sedap dimakan bersama nasi butter, kentang lecek, dan wajib makan dengan blackpepper mushroom sauce. Cara membuatnya seperti di bawah.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
1 sb rosemary kering
1 inci halia
1sb lada hitam
1sb jintan kasar/manis
2sb gula perang (boleh juga guna gula merah)
2sk garam
3sb olive oil
2sb jus limau/lemon
3-5 biji kentang (buang kulit dan potong empat)
2 biji tomato
6 biji baby carrot ( saya tak letak)
Sedikit mentega( lebihkan agi sedap)
Cara membuat ayam panggang:
1. Letak ayam dalam loyang bakar yang sesuai. Tumbuk halia dan gaul halia dengan ayam.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Ketepikan.
3. Tumbuk rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam dan jintan kasar, tumbuk sekali. Kemudian masukkan bawang putih tadi, tumbuk lagi.4. Masukkan lebihan minyak zaitun (yang diguna goreng bawang putih tadi), gula perang, garam dan jus lemon dalam rempah yang ditumbuk. Gaul sebati.
5. Susunkan kentang dalam loyang yang sama dengan ayam. Gaulkan rempah pada ayam dan kentang.
6. Panaskan ketuhar 180 darjah. Bakar sehingga ayam masak. Lebih kurang 40 minit – 1 jam. Saya bakar dalam 45 minit. Bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Siap!
Cara buat blackpepper mushroom
Bahan-bahan
1/2 peket serbuk gravy chicken jenama knorr
1/2 kotak susu full cream
Mentega Buttercup
Lada hitam (boleh lebihkan)
Cendawan dalam tin
Minyak zaitun
1 biji bawang holland
Cara membuat
1. Kisar serbuk gravy ayam jenama Knorr bersama air panas. Kisar sedikit demi sedikit dulu, jangan tuang separuh paket dalam blender nanti berketul.
2. Kemudian tumis bawang holland bersama minyak zaitun. Dah garing bawang, masukkan kuah yang dikisar tadi. Guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak berketul.
3. Masukkan susu full cream, mushroom, butter & blackpapper. Kacau sampai sebati. Dah mengelegak kuah boleh la tutup api. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Atika Nazirah