Ayam percik ini antara menu yang selalu dijual di pasar malam atau restoren. Paling banyak dijual waktu bulan puasa.
Tapi kalau hati teringin nak makan sekarang dan tak jumpa pula gerai yang menjual bolehlah cuba buat sendiri. Boleh jadi persediaan untuk bulan puasa jugak, kan dah tak lama dah.
Jika nak cuba boleh guna cara buat ayam percik paling mudah, dikongsi oleh penjual ayam percik sendiri, SuiSan Aliezsha. Ringkas saja, memang boleh sangat kalau nak buat di rumah.
Buat sendiri ayam percik
1. Ayam dipotong, dicuci dan tos.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup.
3. Kisar halus juga ketumbar dan jintan manis
Ads
4. Tumis bahan di atas tanpa minyak. Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak.
5. Letak ayam atas jaring dan bakar, renjis dulu jaring dengan minyak masak atau minyak zaitun.
6. Jika nak gunakan air fryer pun boleh bakar ada suhu 200 selama 15 minit. Bergantung kepada air fryer masing-masing. Jika nak guna oven bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
Ads
Cara buat kuah percik
1.Kisar cili kering dan bawang putih.
2. Sediakan sos cili, gula merah, gula pasir & 1 sudu besar tepung jagung
Ads
3. Panaskan kuali/ periuk,masukkan cili, dan sedikit air kacau sehingga cili masak, kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.
4. Kacau hingga kuah jadi pekat, pastikan garam dan guna secukup rasa.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Santan
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Ramai antara kita yang menanam pokok buah keliling rumah tapi hasil buah tak memberangsangkan. Buah tak lebat, tak manis dan banyak yang buruk atau dimakan ulat.
Agar pokok tak kira jambu, mangga, durian dan sebagainya menghasilkan buah yang elok, dan lebat boleh praktikkan dua jenis air semburan ini.
Dikongsi oleh Sasya Arisya, beliau mempraktikkan dua jenis semburan ini pada pokok jambu yang ditanam.
Sebelum ini buah jambu kurang lebat dan serta buahnya banyak berulat tapi setelah menyembur air baja dan air racun untuk elak serangga ini, pokok jambu berbuah lebat dan manis.
2 jenis air semburan untuk pokok buah
Saya kongsikan sekali tip & cara bancuhan baja dan racun yang saya praktikkan.
1. Semburan untuk elak serangga perosak/ lalat buah
Bahan yang diperlukan:
-100ml air tembakau
– 3ml cuka kayu
– 5ml sabun pencuci pinggan(tak kisah jenama apa pun)
– Botol spray( boleh beli di kedai ECO)
– Penyukat (Saya guna penutup ubat yg tidak digunakan lagi)
Cara membancuh:
-Campur semua bahan & boleh terus digunakan.
-Sembur ke pokok, daun atau serangga.
-Lebih disarankan sembur waktu petang selepas jam 6 petang atau malam sebab serangga aktif waktu malam.
2. Air baja Yakult
Ia merupakan hormon untuk pokok berbuah lebat, sesuai untuk semua jenis tanaman.
Bahan yang diperlukan:
-2 biji telur
-1 botol yakult
-1 botol mineral (tanpa air, botol sahaja)
Cara membancuh:
-Pecahkan telur kemudian masukkan dalam botol mineral guna corong. Masukkan sebotol yakult.
-Tutup botol & goncang hingga sebati.
-Sebelum perap, kempiskan botol baru tutup penutup botol.
-Perap selama seminggu.
-Simpan ditempat bersuhu bilik, elakkan terkena cahaya matahari.
Cara guna:
Untuk buat semburan ke pokok bancuh 2-3 sudu besar air baja ini dan campur dengan 20 liter air.
Untuk siraman ke tanah, bancuh 5 sudu besar air baja bersama 20 liter air.
Siram/sembur pagi & petang. Seminggu sekali pun cukup.
Daun selasih atau lebih dikenali sebagai basil ini selalu kita gunakan dalam masakan terutama sekali hidangan Thai. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam.
Cuma pokok selasih ini tak ramai yang menjual termasuklah di pasar raya. Jadi elok juga jika kita tanam sendiri di rumah. Tanam sepasu pun dah cukup.
Jika nak tanam dari biji benih, boleh guna perkongsian dari Yuyun R Bajuri.
Cara tanam pokok selasih dari biji benih
1. Basahkan kapas muka. Letak biji selasih di atasnya (biji selasih ini boleh kita beli di Shopee) Titikkan air sampai biji selasih kembang. Kerap basahkan kapas. Biar beberapa hari sampai keluar tunas.
2. Bila dah naik tunas letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Saya guna polibag je. Kambus sikit dengan tanah.
3. Bila dah naik daun dia sikit-sikit kambuskan lagi dengan tanah ye. Siram selalu. Sampai pokok naik. Dah macam ni bole la petik hasilnya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...