Bila terasa nak makan ayam tandoori biasanya kita akan ke restoren mamak untuk memuaskan selera. Tapi kalau tak berapa rajin nak keluar ayam tandoori ini boleh juga kita buat sendiri di rumah.
Caranya boleh ikut perkongsian Nurul Joe kerana hasilnya sedap dan juicy seperti makan di restoren mamak.
Buat sendiri ayam tandoori
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong empat dan kelar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil garam
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 inci halia
3 biji buah pelaga
Daun ketumbar
1 biji jus lemon
1 cawan greek/plain yogurt
Sedikit pewarna merah
Cara membuat
1. Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
2. Gaul bahan yang dikisar ini dengan ayam dan perap 5 jam atau lebih menggunakan aluminium foil.
3. Buka aluminium foil, keluarkan ayam dan letak dalam Loyang.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.
Selamat mencuba
Sumber: Nurul Joe
Tip Bila Ambil Kereta Baru, Ini Perkara Yang Perlu Check. Lagi Bagus, Bawa 4 Orang Penuh Kereta
Dah menunggu lama untuk kereta idaman, akhirnya dapat juga. Memang teruja untuk ambil kereta baru tapi pada masa yang sama ada perkara yang perlu kita periksa.
Maklumlah harga kereta tentunya cecah puluh atau ratus ribu jadinya kena pastikan kita terima kereta baru yang diidamkan dalam keadaan sempurna.
Bagi yang bakal ambil kereta baru, perkongsian dari Irwan Syah boleh dijadikan panduan
Tips semasa mengambil kereta baru (DIY)
Baru-baru ni ada seorang member call. Dia nak mintak tolong check kan kereta dia yang baru dapat. Ya, dia baru beli Proton X50 Flagship.
Disebabkan tak berkesempatan lagi nak drive, maka aku cuma menerangkan dengan panjang lebar dalam phone. Beliau agak nervous dengan kereta baru beliau.
Tambahan pula, beliau memang sangat detail dengan segala barang yang dibeli supaya sesuai dengan harga yang dilaburkan.
Sebelum ni pun, ada la beberapa orang member yang tanya benda sama kat aku. First time beli kereta, takde idea nak pastikan yang kereta tu benar-benar ok.
Sebenarnya, banyak je tips yang kita boleh jumpa kat internet. Cuma aku nak kongsikan sikit la tip aku secara simple. Sesiapa pun boleh buat.
Sewaktu ambil kunci kereta
1. Check luaran kereta. Pastikan tiada calar, kemek, cat tanggal, takde kesan karat, tayar semua sama brand and size. Periksa kereta di tempat terang untuk lebih senang nak kesan kecacatan. Paling senang cek cat pada body n bumper. Biasanya dalam production, body dan bumper ni di cat pada tempat berasingan. Maka kebarangkalian untuk warna tak sekata tu tinggi.
2. Cek bahagian dalam kereta. Cek fabrik seat, cek semua plastik part, pastikan takde calar, warna sekata, cek karpet. Simple je. Cek by visual dan cuba la touching sket mana-mana plastik part nak cek longgar or ketat.
3. Buka hood. Cek sekali engine condition. Pastikan tiada hose yang bocor, paras cecair yang optimum, takde wiring yang tertanggal, pastikan tiada bahagian yang berkarat.
4. Hidupkan engine dan mintak drive sekeliling kawasan. Lepas hidupkan engine, pastikan semua malfunction indicator tak menyala macam ABS, Engine check, temperatur, Airbag dsb.
Kemudian check semua suis yang ada, power windows, door lock, radio, aircond, wiper, lampu, signal, hon, ciggarette lighter, side mirror switch, dsb. Cek sekali gear, tak kira AT or MT. Cek ketat sgt ke, loose ke. Tak lupa juga hand brake.
5. Masa drive, test semua pedal yang ada. Check steering condition, brake, cuba lah tukar-tukar gear. Kalau auto cuba gear selain ‘D’. Check juga meter cluster condition, jarum speedometer, tachometer. Nyalakan lampu untuk cek brightness meter. Tak payah bawak laju, dalam 30 or 40 km/h pun dah cukup.
Kalau dah puas hati, baru sign. Sebab lepas korang dah sign satu borang tu, automatik kereta tu bukan lagi tanggungjawab penjual. Dah jadi tanggungjawab korang.
Kata lah, elok je lepas ko sign, ada mat rempit langgar kereta time tu jugak, maka claim insuran kena dibuat atas nama korang. Kalau belum sign, mat rempit tu langgar, insuran claim atas nama company dan korang sebenarnya berhak mintak kereta lain. So, sebelum sign tu, pastikan tempat tu betul-betul selamat ya.
Driving Condition
Part ni paling penting sebab kalau ada problem, ianya tak dapat dikesan secara visual. Tak payah tunggu kereta korang sampai 1000 km, dah boleh check terus. Lagi awal dapat kesan problem, lagi senang nak report kat service centre. So secara mudahnya:
1. Check kereta korang masa tengah hari yang tengah panas membahang untuk pastikan engine korang berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan aircond.
2. Drive kereta masa hujan. Lagi sejuk lagi bagus. Sama juga, nak pastikan engine takde problem masa hujan or sejuk.
3. Pastikan engine kereta tiada masalah untuk dihidupkan di awal pagi.
Ok, semua di atas ialah condition yang korang kena try sebab ada kereta masa sejuk ok, tapi masa panas lain pula. Begitulah sebaliknya.
Dari segi driving pattern
1. Try accelerate full throttle. Make sure takde rasa power loss or rasa lembab semacam. Apa-apaa hal kalau nak senang tengok tachometer (rpm). Biasanya abnormality senang nak kesan kat situ. Kalau ada rasa tak normal, cuba ingat kat speed berapa, rpm berapa dan gear berapa.
2. Cruising. Cari lah mana-mana jalan lurus yang panjang or highway, try la drive constant kat beberapa speed, 60, 80, 100km.h dsb. Cuba la detect apa-apa yang tak normal macam bunyi-bunyi, pedal rasa berat or tak respond. rpm tiba-tiba naik or drop, wind noise dsb.
3. Cari tempat yang selamat, cuba try brek secara lembut dan secara kuat. Pastikan tiada masalah pada brek dan tak efek engine (engine mati or mengaum) selepas berhenti.
4. Cuba la drive tempat jem paling teruk. Lagi teruk lagi bagus. Cek la pedal condition masa ni dan tgk engine rpm. Adakah stabil or mengaum-ngaum?
5. Drive kereta korang kat tempat-tempat hill climbing macam Genting or Cameron Highland. Nak check power kereta korang. Nak lagi best, bawak 4 orang bagi penuh. Masa ini la nak check, respon engine masa naik bukit dan brake masa turun bukit. Tapi berhati-hati sikit sebab agak bahaya.
Jangan lupa baca manual
So begitu la sedikit sebanyak tip yang aku boleh kongsikan. Just drive macam biasa. Kalau ada rasa apa-apa tak kena, terus hubungi salesman yang jual kereta hari tu dan boleh buat complain, chance untuk claim lagi tinggi bila lagi cepat problem dikesan.
Tapi korang pun kena sedar diri jugak la. Kalau korang beli kereta biasa-biasa tu, jangan la expect boleh pecut mcam Ferrari or Top speed macam Veyron. Kene berpijak pada realiti jugak kan? Kalau tak nanti buat malu diri sendiri.
Paling penting sekali, jangan lupa baca manual. Carilah masa dan baca la at least sekali. Ini penting untuk korang tidak memalukan diri sendiri masa buat komplen. Tengok spec kereta korang, cara pengoperasian, dan sebagainya.
Semoga bermanfaat
Sumber: Irwan Syah
Kalau Nak Baju Dalam Almari Sentiasa Kemas, Kena Ada Alat Ini. Tarik Pun Tetap Tersusun!
Antara kerja yang dianggap renyah oleh kaum ibu adalah melipat pakaian. Dah siap lipat, kemasnya mungkin bertahan sehari kemudian berterabur kembali bila ditarik anak.
Sakit mata dibuatnya bila baju yang baru dikemas kembali bersepah apatah lagi kalau di rumah jenis kabinet terbuka.
Perkara yang sama dihadapi oleh Puan Azila Ahmad. Tapi dia menemui cara menarik untuk memastikan almari baju anaknya sentiasa kemas dan teratur walau ditarik berulang kali oleh anak.
Caranya adalah dengan menggunakan produk yang memudahkan penyusunan baju dikenali sebagai Ezystax.
Ujar Azila cara melipat baju tetap sama tapi ketika menyusun pakaian dalam almari dia menggunakan produk ini untuk lebih teratur.
Produk Ezystax ini sudah lama diperkenal cuma ramai yang belum maklum tentang penggunaannya. Lebih menarik kata Azila produk ini diperbuat daripada bahan kitar semula.
Mana nak beli? Tak perlu susah-susah, Ezystax ini boleh didapati di kedai MR. DIY ataupun boleh dibeli di laman membeli-belah Lazada/ Shopee.
Ha apa lagi balik nanti di singgah cari ya! At least baju yang dah siap lipat tu tersusun kemas dalam jangka masa lama. Sedap sikit mata memandang macam ni!
Selamat mencuba!
Boleh klik link ini kalau nak beli terus Ezystax
Sumber: Azila Ahmad
Buat Sendiri Ice Latte Yang Sedap, Kos Cuma RM3 Secawan. Rasa Setanding Macam Beli Di Cafe
Peminat kopi mesti ada yang menahan nafsu sekarang ini untuk minum ice latte yang sedap di kafe yang biasa kita pergi kan.
Tak boleh beli tak mengapa, kita buat sendiri ice latte. Nah ini resipi ice latte yang sedap sama macam kafe yang biasa kita beli. Paling penting pemilihan serbuk kopi.
Buat sendiri ice latte sedap setanding kafe
Ice Latte kos lebih kurang RM3 untuk satu cawan. Rasa insya-Allah setanding kafeStarbuck dan McCafe. Tak tipu ! Better buat sendiri, jauh lagi murah. Bahan pun tak banyak.
Bahan-bahan
Susu penuh krim
1 sachet Frenche Roast Ice Latte
50ml air panas
Ais
2 sudu besar makan air gula
Untuk hidangan 1 gelas
Cara membuat
1. Letak satu sachet ice latte dalam cawan dan tuang sedikit air panas (50ml), cukup untuk serbuk tenggelam. Kacau hingga larut dan berbuih.
2. Sediakan cawan lain dan tuang ais dan susu full cream. Boleh letak susu 3/4 cawan atau ikut cita rasa.
3. Kemudian tuang semua bancuhan serbuk ice latte ke dalam gelas susu.
4. Dah siap tuang akan jadi begini, ada buih-buih di atasnya. Akhir sekali boleh letak air gula ikut kemanisan yang disukai.
Dah siap! Rasanya sedap macam ice latte yang kita beli di kafe yang ramai dah boikot sekarang.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Leayanna Juan