Kalau baru bercucuk tanam dan banyak anak pokok sedang membesar, boleh buat booster atau baja organik daripada kangkung ini. Mudah dan murah, paling penting dari bahan semula jadi selain sangat bermanfaat untuk pertumbuhan anak pokok.
Cara untuk buat booster ini dikongsi oleh Pyan Sempoy, ia hanya memerlukan dua bahan saja iaitu kangkung dan gula merah.
Cara buat baja booster/MOL dari kangkung
Cara paling mudah nak buat baja/vitamin/booster/MOL (Mikro Organisme Lokal) atau POC (Pupuk/baja Organik Cair). Baja ini khusus untuk pertumbuhan anak-anak pokok (buah-buahan/sayuran berbuah) dan juga tanaman sayuran berdaun (sawi/kailan/bayam/salad dan lain-lain).
Bahan-bahan yang wajib ada cuma dua iaitu;
1. 1kg kangkung (lebih kurang)
2. 1kg gula merah (lebih kurang)
Ads
Ada 2 bahan ini saja dah boleh buat. Tapi kali ini saya tambahkan nasi basi yang dah diperam 3-4 hari & juga air basuhan beras. Alang-alang barang dah ada saya campur sekalilah.
Cara membuat:
Cara buat senang saja, potong kecil kangkung kemudian masukkan dalam bekas atau balang. Nak guna apa pun boleh asalkan boleh ditutup rapat.
2. Susun selapis selapis kangkung & gula merah. Boleh juga gaulkan dulu semua sekali kangkung & gula merah kemudian baru masukkan dalam bekas.
Ads
3. Akhir sekali letak bekas tempat yang tidak kena cahaya matahari direct, letak tempat gelap pun boleh.
Selepas 2 minggu bolehlah digunakan. Nak bagus lagi peram sampai sebulan baru guna.
Ads
Cara penggunaan
MOL ini boleh disiram ke media/tanah & juga disembur pada keseluruhan pokok terutama bawah daun. Tapi jangan lupa bancuh dulu dengan air bebas klorin. Boleh siram/sembur seminggu sekali.
Untuk siraman
– Bancuh 50ml pati MOL dengan 2 liter air untuk pokok-pokok kecil atau
– Bancuh 100ml pati MOL dengan 2 liter air untuk pokok yang dah besar sikit
Untuk semburan (foliar)
– Bancuh 5-10 ml pati MOL dengan 1 liter air, kepekatan ikut keadaan & umur tanaman.
Tidak dinafikan bahagian dapur sering menjadi salah satu ruang kegemaran bagi setiap wanita.
Namun ruang dapur yang sempit menyebabkan barang aksesori di bahagian dapur tidak tersusun dan akan menyakitkan mata memandang.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google
Perkongsian di laman sosial Facebook oleh seorang wanita ini yang bijak mengemas ruang dapurnya menjadi lebih tersusun, kemas dan jadi sangat menarik.
Tidak memerlukan bajet mahal, sebaliknya wanita ini Zilly Ekieda Full ini berjaya DIY pintu kabinet dengan hanya menggunakan barangan berharga RM2.10 saja.
Sebelum itu dia dikatakan buntu kerana membeli tempat gantung barang berkenaan tanpa tujuan.
Walau bagaimanapun ketika sampai di rumah, dia terus mendapat idea dengan meletakkannya di pintu kabinet ada bahagian dalam.
Kemudian rak tersebut dijadikan tempat simpanan barang seperti makanan dalam tin, span basuh pinggan dan juga kain lap.
Malah dia turut mendapat pujian dari suami kerana bila buka saja terus dikatakan seperti membuka peti sejuk.
Jadi, anda boleh ikuti cara dilakukan ini dan hasilnya dapur menjadi lebih kemas, tersusun dan cantik.
Sememang ada banyak cara menjadikan pokok sayur yang kita tanam hidup subur tanpa penggunaan baja atau racun berasas bahan kimia. Salah satu yang boleh kita gunakan adalah membuat sendiri racun organik ini dari nasi.
Cara ini dipraktikkan oleh Tieok Eng yang banyak bercucuk tanam di kediamannya. Ia digunakan untuk membuat semburan bagi menghapuskan ulat atau bena putih yang menyerang pokok sayurannya.
Selain itu katanya ia boleh juga digunakan untuk pokok bunga. Di samping menghapus serangga perosak, nasi ini juga sebenarnya menjadi baja untuk pokok.
Racun homemade dari nasi
Sengaja masak nasi lebih untuk buat racun homemade untuk hapuskan ulat putih. Jimat dan yang penting sayur yang nak dimakan selamat dari racun yang bahaya pada manusia.
Pokok cili ini dah subur dan lebat lepas sembur racun homemade ini. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga
1. Ambil tiga senduk nasi, ramas-ramas.
2. Masukkan nasi tadi dalam botol plastik dan campur dengan air cucian beras pertama. Jangan letak penuh, supaya tak meletup.
3. Simpan selama seminggu atau lebih. Selepas lebih seminggu boleh terus guna tanpa perlu campur air.
4. Boleh sembur pada pokok yang ada ulat putih. Boleh sembur hari-hari kalau ada banyak serangga perosak.
Cara ini pokok sayur yang nak dimakan lebih selamat, tiada bahan kimia.
Meski mahu membeli kereta baru, namun faktor bajet atau minat terhadap satu-satu kereta menyebabkan ramai yang terpaksa membeli kereta terpakai atau used car.
Tiada salahnya cuma dalam memilih kereta terpakai perlu hati-hati kerana mungkin saja kereta terpakai yang anda berkenan itu pernah mengalami kemalangan. Jika terbeli kereta sebegini dah tentu prestasi kereta tak seperti yang kita harapkan.
Jadi bagaimana kita nak tahu kereta yang dibeli pernah accident atau tidak.
Terima kasih kepada Nazz Abdullah pengendali channel kereta dalam Bahasa Melayu di Youtube dan Facebook, yang berkongsi tip untuk mengenal pasti ciri-ciri kereta sebegini.
1. Perhati bibir hood depan
Buka bonet depan, lihat bibir hood. Jika ada tanda ketukan, karat, simen ia mungkin petanda kereta tersebut pernah kemalangan di bahagian depan.
2. Kesan karat/ ketuk/ bengkok pada bar hadapan
Lihat pula bahagian bawah, perhatikan jika ada kesan karat yang tetap akan nampak walau pun disembur cat.
3. Perhatikan renggang pada bar depan
Periksa bahagian bar depan jika kelihatan renggang. Kesan ini akan jelas jika kemalangan melibatkan bahagian depan kereta.
4. Rangka pintu, ada kesan karat
Bila berlaku kemalangan di bahagian depan, rangka pintu kereta juga akan berubah atau senget. Ia akan dibetulkan dan meninggalkan kesan playar yang biasanya akan ada kesan karat.
5. Lihat bawah dashboard
Lihat bawah dashboard, wayar di bahagian tersebut akan berwarna coklat kesan lumpur.
6. Pintu bonet belakang ada kesan ketuk
Jika kemalangan melibatkan bahagian belakang kereta akan ada kesan ketukan di bahagian pintu bonet, perhati sebelah belakang untuk melihat kesan tersebut.
Untuk penerangan lanjut, boleh tonton video berikut yang dikongsi dari Channel Kereta Nazz Abdullah di Youtube
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...