Buat Sendiri Baja Booster Khusus Untuk Anak Pokok, Guna Sayur Kangkung & Gula Merah Saja

Share

Kalau baru bercucuk tanam dan banyak anak pokok sedang membesar, boleh buat booster atau baja organik daripada kangkung ini. Mudah dan murah, paling penting dari bahan semula jadi selain sangat bermanfaat untuk pertumbuhan anak pokok.

Cara untuk buat booster ini dikongsi oleh Pyan Sempoy, ia hanya memerlukan dua bahan saja iaitu kangkung dan gula merah.

Cara buat baja booster/MOL dari kangkung

Cara paling mudah nak buat baja/vitamin/booster/MOL (Mikro Organisme Lokal) atau POC (Pupuk/baja Organik Cair). Baja ini khusus untuk pertumbuhan anak-anak pokok (buah-buahan/sayuran berbuah) dan juga tanaman sayuran berdaun (sawi/kailan/bayam/salad dan lain-lain).

Bahan-bahan yang wajib ada cuma dua iaitu;
1. 1kg kangkung (lebih kurang)
2. 1kg gula merah (lebih kurang)

Ada 2 bahan ini saja dah boleh buat. Tapi kali ini saya tambahkan nasi basi yang dah diperam 3-4 hari & juga air basuhan beras. Alang-alang barang dah ada saya campur sekalilah.

Cara membuat:

  1. Cara buat senang saja, potong kecil kangkung kemudian masukkan dalam bekas atau balang. Nak guna apa pun boleh asalkan boleh ditutup rapat.

2. Susun selapis selapis kangkung & gula merah. Boleh juga gaulkan dulu semua sekali kangkung & gula merah kemudian baru masukkan dalam bekas.

3. Akhir sekali letak bekas tempat yang tidak kena cahaya matahari direct, letak tempat gelap pun boleh.

Selepas 2 minggu bolehlah digunakan. Nak bagus lagi peram sampai sebulan baru guna.

Cara penggunaan
MOL ini boleh disiram ke media/tanah & juga disembur pada keseluruhan pokok terutama bawah daun. Tapi jangan lupa bancuh dulu dengan air bebas klorin. Boleh siram/sembur seminggu sekali.

Untuk siraman
– Bancuh 50ml pati MOL dengan 2 liter air untuk pokok-pokok kecil atau
– Bancuh 100ml pati MOL dengan 2 liter air untuk pokok yang dah besar sikit

Untuk semburan (foliar)
– Bancuh 5-10 ml pati MOL dengan 1 liter air, kepekatan ikut keadaan & umur tanaman.

Semoga bermanfaat

Sumber: Pyan Sempoy

Published by
VK