Biskut dahlia klasik ini antara kuih raya yang wajib ada di atas meja 1 Syawal nanti. Walau ada versi yang baru tapi yang klasik ini jugalah selalu dicari.

Jika selama ini asyik beli saja apa kata tahun ini kita belajar buat sendiri. Bila lagi kan. Supaya biskut dahlia atau semperit ini menjadi, bentuk pun cantik elok tak kembang ‘setaman’ boleh guna cara dan tip yang dikongsi oleh Habshah Ngah.

Buat sendiri biskut dahlia klasik

Buat Sendiri Biskut Dahlia Klasik, Guna Tip Ini Supaya Biskut Tak Kembang ‘Setaman’

Bahan-bahan

1 cawan Buttercup/marjerin
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1 sdk esen vanila
2 cawan tepung jagung*
1 cawan tepung kastard*
1 cawan tepung gandum*
1 sdk pewarna kuning (jika suka)

Cara membuat 

1. Ayak dulu tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum. Ketepikan

Ads

2. Satukan buttercup bersama gula dan telur. Gaul-gaul ‘manja’ saja ya. Jangan kacau lama, cukup sekadar adunan sebati saja dan berhenti. Jangan kacau sampai adunan kembang, inilah yang buat biskut kembang setaman.

3. Masukkan esen vanila dan pewarna.

4. Kemudian masukkan 3 jenis tepung yang diayak tadi dan uli. Bubuh tepung sedikit demi sedikit sambil uli. Jika masih lembik, jangan tambah tepung kastard sebaliknya tambah tepung jagung atau tepung gandum saja.

Ads

Buat Sendiri Biskut Dahlia Klasik, Guna Tip Ini Supaya Biskut Tak Kembang ‘Setaman’

5. Bila dah siap uli, rehatkan sekejap adunan dalam 30 minit.

6. Kemudian barulah dibentuk menggunakan acuan. Letak ceri merah yang dipotong sebagai hiasan di tengahnya.

Ads

7. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 160 darjah Celsius menggunakan api atas dan bawah selama 30 minit. Tanda dah masak, bila tolak biskut dan ia bergerak tandanya dah masak elok.

 

Nota: Satu adunan ini akan dapat dalam 70-80 biji. Jika nak banyak boleh picit kecil.

Sumber: Habshah Ngah

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI