Kek ini kalau makan atau beli di restoran mahupun kafe harganya lebih RM10 sepotong. Mahal, apalagi kalau makan dengan famili. Paling sikit ambil 2 atau 3 potong.

Sedangkan pada harga ini sebenarnya kalau kita buat sendiri boleh dapat sebiji kek. Jadi bagi penggemar cheesecake eloklah cuba buat sendiri. Sebab caranya pun mudah kalau ikut resipi dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Menurutnya kos beli bahan tak sampai pun RM30.

Cara buat blueberry cheesecake, modal RM30 makan satu famili

Buat Sendiri Blueberry Cheesecake Modal Tak Sampai RM30 Dapat Sebiji Kek. Rasa Sedap Macam Beli

Bahan untuk lapisan bawah:

8-9 keping biskut digestive (Jacobs Wheatmeal atau Belvita)
2 sudu makan mentega- cairkan

Ads

Cara membuat:

  • Hancurkan biskut saya guna batu lesung saja, boleh kisar kering juga.
  • Selepas hancurkan biskut masuk dalam mangkuk, tuang mentega cair tadi dan gaul sebati.
  • Kemudian masukkan ke dalam loyang. Tekan untuk padatkan biskut tersebut (saya guna loyang saiz 5 sebab adunan tak banyak).

Buat Sendiri Blueberry Cheesecake Modal Tak Sampai RM30 Dapat Sebiji Kek. Rasa Sedap Macam Beli

Bahan untuk cheesecake:

Ads

250g cream cheese Tatura
2 biji telur
2 sudu makan gula halus (jika tak letak toping, 3-4 sudu dah cukup)
1 1/2 makan tepung gandum cap Rose (sudu metrik guna 1 ½)
1/2 sudu makan jus limau/lemon
Jem blueberry

Cara membuat:

Ads
  • Putar cream cheese dan gula hingga sebati.
  • Kemudian masukkan jus limau diikuti dengan tepung gandum. Putar hingga sebati.
  • Selepas sebati curah adunan dalam loyang berisi biskut tadi. Jangan lupa alas loyang dengan kertas minyak.
  • Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit, bergantung oven masing-masing.
  • Selepas masak, biarkan sejuk kemudian letak topping blueberry atau strawberi, mangga dan sebagainya.
  • Jika letak topping Horlick, sebelum masukkan dalam oven taburkan atas permukaan kek.
  • Dah siap letak topping sejukkan dalam peti ais sebelum hidang, barulah sedap makan macam beli kat kedai.

Nikmatnya…

Buat Sendiri Blueberry Cheesecake Modal Tak Sampai RM30 Dapat Sebiji Kek. Rasa Sedap Macam Beli Buat Sendiri Blueberry Cheesecake Modal Tak Sampai RM30 Dapat Sebiji Kek. Rasa Sedap Macam Beli

Selamat mencuba!

Sumber: SuiSan Aliezsha

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI