Buat Sendiri Bun Sandwic Ala Breakfast McD. Inti Boleh Ikut Citarasa, Lagi Sedap

Share

Asyik makan nasi lemak, nasi goreng, bihun atau mee goreng bosan juga. Sekali sekali boleh ubah cita rasa sarapan kita ala-ala fast food kesukaan ramai.

Menu ini anak-anak pun suka. Bun ini boleh dibuat siap-ssiap malam hari, esok boleh letak inti ikut citarasa. Boleh letak scrambled egg, burger ayam, sosej, keju dan sebagainya. Ikut suka!

Cara untuk hasilkan bun ini dikongsi oleh Nor Asiah. Memang flawless hasilnya.

Buat sendiri bun ala breakfast di McD

Anak bongsu cakap nak makan omelette macan McD. Saya pun suka buat bun sendiri sebab lebih sedap bila buat sendiri. Anak-anak nak makan burger last minit.
Ring burger beli kat Shopee. Saiz 4 inci, doh 75gm.

Resipi bun/roti

Bahan-bahan:
500gm tepung roti
70gm gula kastor
1 sudu besar yis kering
1 sudu besar susu tepung
1 biji kuning telur
1 sudu teh garam
50gm marjerin/mentega
10gm pelembut roti
280-300gm air sejuk

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam bread maker kecuali garam.

2. Selepas 5 minit uli baru masukkan garam.

3. Selepas siap uli, bentuk doh burger antara 75-80 setiap satu. Gunakan acuan ring saiz 4 inci.

Tip: Sebelum bakar, spray doh dengan susu full cream untuk dapat permukaan roti yang cantik. Jika nak letak bijan tekan doh dalam bijan supaya tak tertanggal.

4. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 minit.

Hasilnya…

Dah siap boleh potong dan letak scramble egg, burger ayam, daging, sosej atau keju. Inti boleh ikut cita rasa.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Asiah

Published by
VK