Buat Sendiri Burger Malaysia ‘Kayangan’ Untuk Makan Sendiri Atau Berniaga

Share

Burger Malaysia atau pau sambal yang biasa-biasa saja dulu tiba-tiba jadi viral ketika ini gara-gara resipi ilham dari usahawan makanan popular Azlina Ina.

Dengan pau goreng yang gebu, isi sambal mewah disumbat ikan bilis garing dan salad kerinting yang segar burger, Malaysia ini memang premium sampai tak menang tangan pengusaha bakeri ini melayan permintaan yang tinggi.

Senang untuk berkongsi rezeki, beliau juga turut berkongsi resipi burger Malaysia istimewa ini dengan netizen. Jadi kita boleh cuba sendiri atau menggunakannya untuk makan sendiri atau buat berniaga, dihalalkan katanya.

Burger Malaysia kayangan

Bahan-bahan untuk sambal

10 ulas bawang merah + 2 labu bawang besar belah 4
1/2 genggam bilis halus
4 ulas bawang putih
(Kisar 3 bahan di atas dan ketepikan)
20-30 tangkai cili kering (rendam air panas tos & kisar dengan sedikit air masak dan minyak supaya biji lada hancur)
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
Garam, gula dan perisa
Minyak masak

Cara membuat sambal:

1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Lebih pun tak mengapa. Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.

2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan gula biasa sedikit ikut kemanisan yang dikendaki, tambah gula melaka seketul.

3. Masak api perlahan, lagi lama lagi sedap (Mak ina akan masak akan lebih dari 2 jam ya. Dah garing tambah air sikit-sikit sampai sambal bertukar warna maroon dan minyak naik atas permukaan.

4. Akhir sekali baru masuk garam dan perisa serta sedikit air asam jawa, lebih kurang 1 sudu besar.

Sambal yang dimasak lama, akan lebih tahan lama jadi untuk berniaga lebih bagus masak lama.

Untuk sambal ini mak masak 3 jam, tambah air banyak kali sampai pekat dan sebati jadi tak sakit perit bila makan. Boleh simpan luar 7-8 hari tak basi dan tak rosak.

Bahan untuk doh

BAHAN A
1 kg tepung High Protein
Garam sedikit.
150gm gula
40 gm susu tepung
10 gm yis
5 gm bread improver

BAHAN B
550 gm -air sejuk
1 biji telur

BAHAN C
100 gm marjerin – 100gm

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan A. Pukul speed 1. Kemudian masukkan bahan B perlahan-lahan. Pukul speed 1 bagi bahan-bahan bercampur.

2. Ubah speed 2 bila doh dah betul betul sebati. Masukkan bahan C. Pukul sampai elastik.

3. Rounding kan 35g, untuk sukatan ini 1 kg dapat 50 biji.

4. Kemudian tabur sikit tepung atas tray. Tutup doh dengan wrap biar selama 30 minit.

5. Goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana ya. Dah goreng tos.

6. Tip untuk burger nampak cantik, warna sekata waktu panaskan minyak masukkan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas. Biar larut baru goreng burger.

7. Waktu isi burger pastikan sambal tadi jangan ceduk bahagian minyak supaya tak meresap dalam burger (sebaiknya ceduk dulu minyak, ketepikan). Masukkan ikan bilis yang digoreng garing dan juga salad segar.

Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina

Published by
VK