Bila rasa nak makan chicken chop biasa kita ke restoren. Harganya pula selalu lebih kurang RM15 satu hidangan. Kalau sorang dua makan taklah mahal tapi kalau satu famili 5 orang, emmm boleh tahan juga harganya.
Jadinya kalau nak jimat kita buat sendiri. Homemade! Tak susah atau renyah pun membuatnya, ada resipi yang mudah. Antaranya perkongsian Wan LuQman ini.
1. Mula-mula kita perlukan ayam bahagian whole leg. Ini adalah bahagian thigh dan peha. Buang tulangnya. Untuk tulang yang bersambung dengan peha patahkan saja. Ketuk pada bahagian buku lali untuk patahkan tulang hujung, toreh dan tarik saja tulang drumstik (kalau nak senang beli saja yang dah siap dipotong untuk masak chicken chop di pasar raya).
Supaya ayam goreng juicy, rendam dalam air garam 2-3 jam proses ini dipanggil sebagai brine. Kemudian bilas ayam.
2. Batterkan ayam dalam apa-apa jenis tepung. Yang ini batterkan dalam bancuhan tepung ayam goreng serbaguna. Untuk bancuhan kering, guna tepung dari jenis yg sama, campurkan dengan baking powder. Kalau tiada tepung serba guna, boleh guna tepung gandum.
3. Bila dah gaulkan ayam dalam bancuhan batter, gaul pula dengan bancuhan tepung kering + baking powder tadi.
5. Sambil itu, kita sediakan bahan untuk sos. Ketuk 2 biji bawang putih dan sebatang seleri dihiris.
6. Bahan untuk sos :
2sb butter / marjerin
2sb sos tiram
3sb sos blackpepper (Life)
1sk lada hitam ditumbuk kasar
1sk serbuk pati ayam
7. Panaskan marjerin, bila dah cair, masukkan 2 sudu tepung gandum dan gaul dia akan jadi roux. Roux ni sebagai agent pemekat kuah. Tumis sekali bawang putih dan seleri. Kemudian masukkan semua bahan di atas. Sos blackpepper saya guna jenama Life.
9. Masukkan daun salam atau daun bay. Ini kunci rahsia kesedapan untuk makanan berempah.
10. Ini ayam yang dah siap digoreng.
11. Untuk coleslaw, hiris halus kobis dan lobak merah. Letak krim atau susu cair, 1 sudu kecil gula, mayonis (boleh guna brand Saji atau Kimbal lebih sedap) dan perahan jus lemon sesedap rasa. Gaul sekata.
Jika suka boleh buat kentang lecek. Cara membuat rebus 3-5 biji kentang sampai lembut (buang kulit). Kemudian lenyek kentang bersama gula, susu cair, chicken stok dan lada sulah. Atau boleh hidang dengan kentang goreng saja. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Wan LuQman via Masak Apa Hari Ni