Dessert berasas cream cheese memang sedap dan ramai peminat. Tapi harganya kalau beli boleh tahan juga.

Cuma kalau nak jimat bolehlah usahakan buat sendiri cream cheese ini. Boleh cuba perkongsian daripada Chesu Riani ini.

Cara buat cream cheese homemade

Bahan-bahan

  • 1 cawan susu tepung + 3 cawan air (Susu tepung Fernleaf full cream) ATAU 1 liter fresh milk 
  • 4 sudu cuka makan/ jus lemon
  • Sedikit garam

Langkah membuat

1. Panaskan susu dalam periuk guna api medium to low. Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu dah cukup panas. Jangan sampai mendidih.

Buat Sendiri Cream Cheese, Mudah Rupanya Cuma 5 Langkah Saja

2. Tabur rata cuka/ jus lemon ke seluruh susu dan kacau manja. Biarkan 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tambah lagi sikit cuka pada bahagian itu supaya berketul.

IKLAN

3. Tapis cheese. Cecair yg tinggal jangan dibuang. Namanya whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung/ masakan. Sangat berkhasiat (saya guna dalam kari).

Buat Sendiri Cream Cheese, Mudah Rupanya Cuma 5 Langkah Saja

4. Lalukan cheese yang masih dalam penapis di bawah air sekejap utk kurangkan rasa masam cuka. Kemudian biarkan air betul-betul kering dari cheese tadi.

IKLAN

5. Bila dah kering blend dengan sedikit garam. Kalau pekat sangat campurkan sedikit whey tadi. Blend sampai halus dan creamy.

Buat Sendiri Cream Cheese, Mudah Rupanya Cuma 5 Langkah Saja

8. Siap dah cream cheese! Boleh disimpan dalam peti. Sesuai digunakan utk pelbagai resipi.

IKLAN

Buat Sendiri Cream Cheese, Mudah Rupanya Cuma 5 Langkah Saja Buat Sendiri Cream Cheese, Mudah Rupanya Cuma 5 Langkah Saja

INFO : Kalau nak banyak boleh gandakan resipi.

Selamat mencuba!

Sumber: Chesu Riani

 

Selain itu:  Buat sendiri Ketupat Palas Untuk Raya, Cara Nak Bungkus Ikut Tutorial Ini. Mudah Saja!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI