Kalau pergi restoren China Muslim, hidangan ginger beef atau daging halia ini antara yang kita selalu pesan.
Harga pun boleh tahan, satu hidangan kecil saja dah berbelas ringgit. Kalau menu ini memang kita suka makan, apa kata cuba buat sendiri.
Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Wan LuQman ini.
1. Potong daging, buat segi empat tepat dulu kemudian hiris nipis mengiring.
2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. Kuantiti bahan ikut kuantiti daging. Ketepikan.
3. Sediakan bahan untuk kuah. Buat air bancuhan tepung jagung dan air bancuhan sos tiram. Bancuh 1.5 sudu besar sos tiram campur dengan 6 sudu besar air. Sediakan juga hirisan halia, bawang merah dan daun bawang.
4. Cara menggoreng, biarkan kuali panas berasap baru letak minyak, kemudian alih kan minyak tinggalkan sedikit saja,. Ini bertujuan untuk mengelakkan daging melekat dikuali. Sebab menu ini daging kena lembut dan moist.
5.Masukkan daging dan goreng. Masuk satu persatu supaya tak melekat. Kacau, tak perlu goreng lama. Jangan sampai garing. Kita nak daging lembut dan moist.
6. Rehatkan daging seketika.
7. Kemudian, masukkan bawang halia dan daun bawang.
8. Masukkan daging.
9. Masukkan air bancuhan sos tiram tadi dan masukkan secubit lada hitam.
Lihat kuah, kalau tak pekat baru campur air bancuhan tepung jagung. Kalau dah cantik kepekatan tak perlu.
10. Masukkan daun bawang lagi.
12. Gaul sekejap dengan api kuat. Siap!
Hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan LuQman