Sedapnya makan dumpling cicah sos atau makan dengan sup. Menu ini kalau makan di restoran harganya boleh tahan. Boleh cecah RM8 semangkuk.
Sebab itu, kalau satu famili suka makan hidangan ini lebih baik buat sendiri. Bahan-bahan kebanyakannya ada saja kat dapur kita.
Jika nak cuba boleh ikut resipi Wany Lifa.
Modal bawah RM10 boleh makan 40 biji dumpling. Kalau makan dekat restoran semangkuk RM8-RM9. Tapi kalau buat cukup satu famili dapat makan. Tapi modal utama kena rajin & sabar.
Bahan untuk inti dumpling:
Isi ayam 300g (fillet dicincang)
Lobak merah (setengah batang sagat)
Bawang besar (1 biji cincang halus)
Bawang putih (4 ulas cincang halus)
Daun sup & Daun bawang (potong halus)
Serbuk lada sulah (2 sudu)
Minyak bijan (3 sudu)
Serbuk Maggi cukup rasa (2 sudu)
Garam & gula (1 sudu kecil)
Dumpling pastry (Instant)
Bahan untuk sup dumpling
Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
Halia (1 inci ketuk & cincang)
Minyak bijan (1 sudu kecil)
Serbuk lada sulah sikit
Kiub ayam Maggi (setengah kiub)
Garam & gula
Cara membuat:
Total costing :-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Lonak merah 6 batang – RM1.00
Daun sup & daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00
Sumber: Wany Lifa