Fucuk ini selalu kita gunakan dalam masakan. Biasanya kita beli, rupanya nak buat sendiri pun boleh. Fucuk ini dibuat dari air kacang soya saja.
Sambil-sambil buat sendiri air kacang soya bolehlah buat sekali fucuk ini. Caranya dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak. Dijamin bersih dan kita pun tak was was nak makan.
Buat sendiri fucuk kering, senang rupanya
Bahan-bahan:
1 kg kacang soya (direndam 6 jam)
Chopstick besi atau plastik.
Kain kasa atau penapis serbuk teh
Cara membuat:
1. Kisar kacang soya, letak air paras kacang soya saja.
2. Kemudian masukkan kacang soya kisar ke dalam kain kasa dan perah untuk ambil airnya. Boleh ulang dua kali untuk ambil airnya. Hampasnya boleh dibuang.
3. Dalam kuali atau periuk masak air soya gunakan api perlahan.
4. Tunggu sampai bahagian atas air soya terbentuk lapisan yang berkedut.
5. Kemudian ambil chopstick untuk angkat lapisan fucuk.
6. Bila lapisan fucuk dah diangkat kemudian salai dan jemur.
Antara barang paling kotor sekali di dapur kita selain span basuh pinggan adalah tuala dapur.
Semua kotoran kita lap menggunakan tuala ini dan ada yang tidak dibasuh dalam tempoh yang lama hingga menimbulkan bau busuk.
Bila dah lama dalam keadaan begini basuh pun tetap akan ada baunya. Itu belum lagi kotoran yang melekat.
Jadi macam mana cara terbaik untuk membasuh tuala dapur ini supaya kotorannya terhapus dan bau busuknya hilang.
Bahan diperlukan:
Air suam
Cuka
Baking soda
Cara basuh:
Rendam tuala dapur yang kotor dalam air suam bersama dengan cuka.
Taburkan juga 1 sudu besar baking soda untuk menyahkan baunya. Rendam paling kurang 15 minit.
Sekiranya masukkan sekali peluntur jika tuala putih.
Kemudian bilas menggunakan air panas.
Perah dan terus jemur, jangan biarkan ia terperap.
TIP
Sebaiknya basuh tuala dapur selepas digunakan beberapa hari. Jangan tunggu ia berbau.
Biasakan menjemur tuala dapur selepas digunakan untuk memastikan ia kering. Tuala dapur yang lembap akan memerangkap kuman dan juga menyebabkan bau busuk.
Jeruk ikan masin tenggiri yang digoreng bersama dengan hirisan bawang dan cili padi memang sedap. Makan dengan nasi panas atau lauk kari memang layan.
Bila teringin nak makan ramai yang pilih untuk beli jeruk ikan masin ini tapi ada rasa ragu ragu sama ada produk buatan muslim atau tidak, selain was was dengan tahap kebersihan semasa pembuatannya. Ada juga yang dah beli tapi terlalu masin pula.
Supaya tak ragu-ragu dan jeruk ikan masin tenggiri ini kena dengan selera kita boleh saja buat sendiri, homemade. Caranya dikongsi oleh pengusaha jeruk ikan masin sendiri iaitu Suria Abdullah.
Buat sendiri jeruk ikan masin tenggiri
Saya kongsikan cara nak buat jeruk ikan masih tenggiri yang dalam minyak.
Bahan-bahan
Ikan tenggiri (boleh juga guna ikan gelama dan senangin)
Bahan perapan:
Cuka makan
Asam keping
Garam kasar
Bekas kedap udara
Cara membuat:
1. Cuci bersih ikan, saya korek darah yang ada pada tulang tengah sekali.
2. Toskan ikan, keringkan dengan cara lap guna tisu makan (ini untuk makan sendiri).
3. Jemur sekejap (kurang setengah jam) dalam cuaca yang panas (ini cara saya, sebab saya buat dalam kuantiti lebih 50kg). Tapi jangan jemur terlalu lama nanti isi ikan akan kecut dan keras.
4. Dah siap dikeringkan, rendam sekejap dalam cuka makan. Rendam kurang seminit.
5. Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara. Kemudian, letak ikan, tabur lagi garam kasar. Letak asam keping (jangan banyak sangat nanti masam dan tak sedap). Ulang hingga ikan habis.
6. Tutup rapat bekas berisi ikan. Biarkan selama 7 hari. Jika nak sedap, simpan dalam tempayan.
7. Cukup 7 hari buang air perapan kemudian bilas ikan. Bilas sedikit saja jangan cuci nanti isi ikan hancur.
8. Masukkan ikan dalam bekas lain kemudian tuang minyak masak yang baru. Biarkan ikan terendam lebih kurang sejam dah boleh goreng.
INFO : Ikan ini boleh simpan di luar terendam minyak tahan lebih 2 bulan. Jika simpan peti sejuk tahan lebih 6 bulan. Jika simpan dalam peti sejuk minyak akan beku, kena keluarkan awal jika nak makan.
Ini produk jualan beliau.
Cara goreng
Sebelum goreng golek-golekkan ikan dalam tepung gandum supaya ikan tak hancur. Tak perlu letak air kemudian barulah digoreng.
Ayam cili kering ini antara yang hidangan kalau makan di restoren Cina Muslim. Kombinasi rasa pedas, manis, masam ini yang membuatkan ia sedap.
Kalau selama ini selalu makan di restoren, cuba buat sendiri pula. Sebab caranya mudah sangat. Resipinya ada dikongsi oleh Fatin Pauzi.
Cara buat ayam masak cili kering stail Cina Muslim
Bahan-bahan
Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – mayang
Lada besar 1 biji – mayang
Cili padi 3 biji – mayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecil kecil
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Pes asam jawa
Tepung gandum
Telur
Cara membuat :
1) Ayam dipotong kecil.
2) Selepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng hingga garing.
3) Toskan minyak ayam.
4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6) Letak semua sos tadi secukupnya, ikut kuantiti ayam.
7) Tuang sedikit air. Kacau dan biar sedikit pekat. Kemudian masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
10) Bila sebati, biar sekejap dan siap! Mudah kan?
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...