Garlic Chili Oil ini memang elok sedia siap-siap di dapur. Kalau makan sup, bubur memang sedap kalau tambah bahan ini. Cicah dengan dumpling pun sedap. Letak dalam nasi goreng Cina pun layan.
Berbaloi buat sendiri sebab ia penyedap hidangan yang mudah sangat disediakan. Guna tiga bahan saja dan tak sampai 10 minit dah siap.
Untuk lebih senang ikut panduan yang disediakan oleh Zurina Zulkefli yang sudi berkongsi resipi garlic chili oil yang dijual sebelum ini.
Garlic cili oil, senang saja buatnya
Dulu saya berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resipi, senang saja semua orang boleh buat.
3 bahan-bahan
2 sudu besar chili flakes (ini chili flakes Korea Gochugaru, sebelum ini saya guna jenama Meriah RM2 saja, sedap)
Rempah 4 sekawan
7 ulas bawang putih dicincang halus – lagi halus cincang lagi rangup.
Ads
Cara membuat
1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
2. Masukkan dahulu rempah 4 sekawan.
3. Kemudian masukkan bawang putih, kacau.
4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan, sebab kita tak nak garlic rasa pahit.
Ads
5. Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.
Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Siap.
Ads
6. Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.
Biskut semperit ini antara kuih yang wajib ada masa raya. Bagi beginner yang baru nak belajar buat kuih raya eloklah cuba dulu resipi semperit 3 bahan dari Azlina Ina Fans
Mudah untuk dibuat, bahan tak banyak tapi sedap. Katanya kalau makan cair di mulut. Wah!
Semperit 3 bahan
Bahan-bahan
125g pure butter (kalau takde marjerin Pelangi pun boleh
Langkah 1
Masukkan butter kacau kemudian tambah susu pekat. Kacau rata.
Jadi macam ni ya.
Langkah 2
Masuk sedikit demi sedikit tepung jagung sambil uli guna hujung jari.
Langkah 3
Uli sampai doh tak melekat di jari dengan tepung yang kita ada tadi ikut keselesaan masing-masing. Cuma jangan tuang semua sekali tepung. Uli penting sampai doh licin maksudnya tak melekat di tangan.
Langkah 4
Masuk doh dalam acuan, boleh guna acuan pecah 15 cantik je kan.
Langkah 5
Letak coklat cip sebagai hiasan kalau letak pink atau putih lagi cantik.
Langkah 6
Bakar suhu 160 masa 25 hingga 30 minit bergantung kepanasan oven masing-masing. Siap dah, elok langsung tak jatuh bunga.
Hidang makanan atas meja tapi belum sempat kita menjamu selera, semut dah penuh kerumun makanan. Kalau sikit bolehlah dibuang semutnya tapi kalau banyak memang tak boleh makanlah alamatnya.
Bagi yang berdepan dengan masalah semut yang banyak di atas meja makan mungkin boleh gunakan tip mudah yang dikongsi oleh Ahmad Syahril Mohd.
Cara mudah elak semut naik atas meja makan
Perkongsian simple untuk masalah semut atas meja. Sediakan; – Double Sided Tape – Gunting
Caranya, hanya letak double sided tape di kaki meja, bila dah letak semut akan melekat dan tak dapat naik dah.
Tapi cara ini boleh bertahan dalam 1-2 minggu, sebelum gam double sided hilang. Boleh ganti dengan double sided yang baru di tempat yang sama.
Tip lain
Selain cara di atas, ada beberapa lagi tip elak semut naik atas meja yang dikongsi oleh netizen.
1. Guna minyak
Calit minyak pada jari dan sapu pada sekeliling kaki meja. Cara ini katanya memang berkesan. Sebelum minyak hilang buat lagi langkah yang sama supaya semut tak sempat memanjat kaki meja.
2. Guna stoking lama
Ambil sehelai stoking lama dan potong empat untuk empat kaki meja. Kemudian sarungkan stoking yang dikerat tadi pada kaki meja dan semburkan dengan Ridsect atau atau-apa penyembur serangga. Cara ini bukan saja semut, lipas, cicak pun tak naik atas meja.
Jika bercucuk tanam sayur di rumah untuk makan sendiri sebaiknya kita tanam secara organik. Tak perlu guna bahan kimia sama ada racun atau baja untuk menyuburkan pokok.
Guna saja cara semula jadi untuk menyubur pokok sayur yang banyak kaedahnya. Salah satu yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan air rebusan kulit bawang.
Lebihan kulit bawang baik bawang merah atau bawang putih yang digunakan untuk masakan boleh disimpan dan diolah untuk menjadi semburan bagi mengurangkan serangan serangga perosak pokok sayur sekali gus menyuburkan tanaman.
Cara membuatnya juga sangat mudah dan dikongsi oleh Norahim Ibrahim.
Air semburan kulit bawang untuk elak serangan perosak pokok sayur
Saya kongsikan salah satu cara untuk mengurangkan serangan serangga perosak.
Ambil kulit bawang, tak kisah sama ada bawang besar atau bawang putih. Biasanya saya ambil 5 genggam kulit bawang.
2. Kemudian tuang air dalam kuali dan masukkan sekali kulit bawang tadi. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
3. Biar sejuk dan tapis. Ambil air rebusan saja dan simpan dalam balang. Letak di tempat yang gelap (dalam kabinet dapur pun ok). Air ini tak perlu diperam terus boleh digunakan.
Cara penggunaan
Ambil 50ml air rebusan tadi, cairkan dengan 1 liter air. Sembur pada pokok 3 kali seminggu. Dari pangkal sampai ke daun. Boleh adjust kepekatan ikut jenis dan usia pokok.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...