Kalau pergi ke taman rekreasi atau pantai, giant bubble atau belon gergasi ni memang jadi tumpuan anak.
Mesti kena ‘pau’ punya. Anak seorang bolehlah layan tapi kalau ada empat nak sorang satu memanglah banyak belanjanya nak main belon nih.
Jadi untuk yang ada ramai anak, sebelum pergi ke taman atau pantai apa kata buat sendiri giant buble ni supaya anak boleh main sepuas hati.
Caranya boleh ikut perkongsian dari DiaNa Said ini.
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti kejar buih. Nak tak nak kena beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main #jimat.
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita.
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Dah boleh main!
Sumber: DiaNa Said