Kalau pergi pasar malam jagung cawan ini antara yang selalu kita beli. Banyak juga dijual di kiosk-kiosk pusat beli belah.
Rasanya yang manis, masin sikit, dan berlemak membuatkan anak-anak pun suka makan. Jika selama ini asyik beli, jagung cawan ini juga sebenarnya boleh kita buat di rumah.
Rasanya sama saja macam yang kita beli di pasar malam malah boleh buat lebih sedap dan berlemak. Cara membuatnya Aisyah Humaira.
Untuk buat sendiri jagung cawan ini kita boleh guna jagung frozen saja. Boleh guna jenama Daily fresh rasa segar berbiji dan tak kering.
-1 paket jagung frozen Dailly fresh
-1 tin krimer pekat manis SAJI
-3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
-Sedikit air dan garam secukup rasa
1. Masukkan jagung dalam kuali bersama sedikit air sukatan anggaran setengah kuantiti jagung yang digunakan.
2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk atau masak. Jika air kering boleh tambah lagi airnya.
3. Selepas jagung empuk masuk susu pekat, sukatan mengikut kemanisan yang diingini. Tambah juga garam dan marjerin secukup rasa.
4. Jika suka keju boleh parut cheddar cheese atasnya. Siap jagung cawan
Selamat mencuba.
Sumber: Aisyah Humaira