Buat Sendiri Kaya Pandan Homemade Ala Kopitiam. Mudah Sangat, Masuk Semua Bahan Masak Sampai Berkilat. Siap!

Share

Roti kukus atau roti bakar makan dengan kaya pandan memang best. Makan pulak waktu panas-panas.

Selalu makan di kopitiam macam ni kan! Kali ini apa kata buat sendiri kaya pandan dan makan sendiri di rumah. Makan sampai puas tanpa perlu bayar mahal.

Cara membuat kaya pandan ini dikongsi oleh Fazelina Isa. Cara membuatnya mudah dan manis pun boleh dikurangkan jika mahu.

Cara buat kaya pandan homemade

Bahan-bahan:

1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar dan tapis)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (saya letak buat 3/4 saja)
1 kotak santan 200g
2 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak

Cara membuat:

  • Masuk semua bahan dalam periuk kecil.
  • Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat.
  • Bila dah nampak berkilat boleh tutup api.
  • Boleh terus sapu pada roti dan makan.

Buat banyak boleh simpan dalam peti sejuk, boleh makan bila-bila masa

Selamat mencuba!

Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI

Published by
VK