Kewangan

Buat Sendiri Kebab Roti Pita, Isi Selambak. Masak Inti Guna Daging Burger & Sos Cili Saja

Share

Memandangkan harga makanan sekarang banyak dah naik harga, mana yang boleh kita buat sendiri, kita buat.

Salah satunya adalah kebab roti pita yang selalu kita beli di pasar malam. Lepas ini buat saja sendiri sebab bahannya kebanyakkan ada di rumah. Yang kena beli cuma daging burger dan roti pita. Nak tukar pada roti pun boleh saja.

Cara membuatnya dikongsi oleh Roslan Rusly.

Buat sendiri kebab roti pita, inti selambak

Bahan-bahan

Roti pita
Daging burger(sebab daging ini sedap)
Timun Jepun
Sos cili
Salad
Mayonis
Serbuk perasa
Lada sulah
Marjerin

Cara membuat:

1. Timun buangkan bijinya, supaya tak berair. Kemudian potong dadu.

2. Masakkan daging burger guna sedikit minyak dan hancurkan.

3. Masukkan lada sulah dan perasa.

4. Masukkan sos cili dan timun. Gaul sebati. Siap inti, ketepikan.

5. Sapu marjerin/butter di bahagian luar pita. Panggang sekejap, ketepikan.

6. Potong salad kecil-kecil, masukkan dalam roti pita. Masukkan juga mayonis.

7. Masukkan daging yang dah siap masak tadi, letak inti selambak lagi puas hati makan.

Selamat mencuba

Sumber: Roslan Rusly.

Published by
VK