Buat Sendiri Kek Chiffon Pandan Yang Gebu & Lembut Macam Span, Memang Menjadi

Share

Sekali pandang saja dah tahu kek chiffon ini memang gebu dan lembut. Selalunya kek yang kita beli saja dapat hasil yang begini.

Tapi sebenarnya kalau buat sendiri pun boleh dapat kek chiffon yang lembut gebu seperti ini asalkan tahu cara yang betul. Dikongsi oleh Mas Cotek ini cara dan tip membuatnya

Buat sendiri kek chiffon pandan gebu

 

Bahan A
6 biji putih telur (telur A)
1 sdt cream of tartar
3/4 cawan gula halus

Bahan B
6 kuning telur
1/2 cawan gula halus
1 3/4 caawn tepung self raising (blue key)
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan air pandan (blend 4 helai)
1/2 cawan santan kara
Sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya

1. Putar putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula dan cream of tartar.

2. Putar lagi adunan sehingga kental atau bertanduk. Ketepikan bahan A ini.

3. Dalam bekas lain putar kelajuan sederhana kuning telur bersama gula halus.

4. Seterusnya masukkan minyak, air pandan, pewarna hijau dan santan. Putar lagi.

5. Akhir sekali masukkan tepung, putar perlahan sehingga sebati.

6. Langkah seterusnya masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit.Kaup balikkan sehingga sebati.

7. Masukkan adunan dalam loyang (22 cm/ 9 inci) hentak sekali atau dua kali. Pastikan loyang tidak dilengser dengan minyak, marjerin dan sebagainya.Kemudian bakar pada suhu 170 selama 1 jam api atas bawah.

8. Keluarkan dari oven terus terbalikkan atas redai kek dan biarkan kek sejuk (lebih kurang 45 minit).

9. Sisipkan keliling kek keluarkan dari loyang. Siap

Selamat Mencuba

Sumber: Mas Cotek

Published by
VK