Kek tornado ini memang sedap, rasa coklat, lemak keju memang buat kita nak makan berulang kali.

Kalau beli harganya boleh tahan, lebih kurang RM15-20 untuk sebekas kecil. Jadinya kalau nak makan puas kena buat sendiri.

Boleh ikut resipi Fatimah Saari ini, katanya sekali buat dapat 3 bekas. Jangan bimbang cara buatnya tak susah sangat, first time buat pun menjadi.

Buat sendiri kek tornado viral

Cara buat kek coklat

Bahan-bahan

3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat ( guna 1 cawan tepung saja utk kek lagi moist. Kalau tiada boleh pakai tepung gandum + 1sk soda bikarbonat + 1 sk baking powder ayak)
1/2 cawan serbuk koko (boleh ganti dengan Milo
1/4 cawan air panas

Ads

Buat Sendiri Kek Tornado. Hasilnya Dapat 3 Bekas, Kali Pertama Buat Pun Menjadi!

Cara membuat

  • Pukul telur bersama gula dan esen vanilla (pukul rata)
  • Masukkan minyak masak, kacau biar sebati
  • Masukkan tepung dan baking powder serta soda bicarbonat
  • Masukkan serbuk koko/coklat/Milo.
  • Akhir sekali masukkan air panas kacau rata.
  • Bakar api atas bawah suhu 180/ 50 minit brgantung pada tahap kepanasan oven. Boleh juga kukus 40-45 minit.
    Tip: Supaya kek gebu tak perlu guna mixer cuma kacau guna sudip macam buat lek brownies.

Cara buat cream cheese

Bahan-bahan

250 gram cream cheese
60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream)
3-4 sudu besar susu pekat (ikut cita rasa)

Ads

Cara membuat:

  • Pukul cream cheese sampai lembut
  • Tambah susu pekat (tahap kemanisan yang anda suka)
  • Masukkan whipping cream dan mix sampai gebu dan ringan.

Buat Sendiri Kek Tornado. Hasilnya Dapat 3 Bekas, Kali Pertama Buat Pun Menjadi!

Cara buat coklat ganache

Bahan-bahan:

100ml whipping cream
250gram milk compound
2sb mentega/majerin

Ads

Cara membuat:

  • Double boiler semua bahan sebati.
  • Kemudian masukkan mentega.

Buat Sendiri Kek Tornado. Hasilnya Dapat 3 Bekas, Kali Pertama Buat Pun Menjadi!

Step by step buat lapisan kek tornado

  • Keluarkan kek dari acuan, potong 2 lapis.
  • Letak lapisan kek pertama kemudian tuang cream cheese.
  • Kemudian letak lapisan kek kedua letak cream cheese lagi.
  • Akhir sekali letak coklat ganache.
  • Sejukkan dalam peti sebelum makan.

Siap

Buat Sendiri Kek Tornado. Hasilnya Dapat 3 Bekas, Kali Pertama Buat Pun Menjadi!

Selamat mencuba

Sumber: Fatimah Saari

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI