Kentang putar atau mashed potato ini menu yang digemari kalau makan di restoren makanan segera. Antara yang sedap dah tentunya KFC. Kalau beli yang kecil selalu rasa tak cukup.
Nak puas makan kentang putar ini apa kata kita buat je sendiri di rumah. kalau ikut cara yang dikongsi oleh Rabi ini, rasanya pun macam kita makan di restoren makanan segera.
Bahan-bahan:
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara membuat kentang putar
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut cita rasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut cita rasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. Saya guna hand blender nak senang dan dapat tekstur halus. Siap
Bahan-bahan sos (gravy)
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung gandum atau jagung
2 kiub ayam
Lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara membuat:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang (api sederhana) . Biarkan tumis bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit demi sedikit sambil kacau ) dan kacau sehingga sebati. Tutup api masuk blender. Kisar ampai semua hancur kemudian masak balik atas api sederhana.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut cita rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Letak kentang putar yang sudah siap tadi dalam mangkuk kecil kemudian tuang sos secukupnya. Hidangkan dengan ayam goreng atau nak makan begitu saja pun sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Rabi