Buat Sendiri Kepak Ayam Madu, Bakar Guna Air Fryer Lagi Senang. Confirm Ratah Hingga Jilat Jari

Share

Kepak ayam madu atau honey chicken wing selalu kita makan menu ini di restoren makanan segera, dan banyak juga jual di pasar malam. Memang sedap!  Seketul takkan cukup. Jadinya kalau nak puas makan boleh buat sendiri.

Bahan mudah, beli saja kepak ayam di pasar raya selebihnya bahan memang ada di rumah. Paling best tiada sukatan, ‘campak-campak’ saja dan bakar dalam air fryer. Confirm menjadi dan diratah hingga menjilat jari.

Caranya dikongsi oleh Aliah Yahaya Alia

Honey chicken wing, tiada sukatan tapi menjadi

Resipi campak campak, bukan campak terus gitu. Maknanya tiada sukatan.

Bahan-bahan
Ayam bahagian kepak
Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
Brown sugar
Sos tiram
Sedikit kicap manis
Serbuk cili – untuk warna dan rasa pedas
Madu
Garam

Cara membuat: 

1. Campur semua bahan dan gaul dengan kepak ayam. Lagi lama lagi sedap.

2. Kemudian bakar, yang ini guna air fryer saja.


Suhu : 170c /15 minit pertama
Tambah masa & suhu : 180c/ 5-6 minit
Ikut air fryer masing-masing ya.

Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Aliah Yahaya Alia

Published by
VK