Hidangan kerabu ada pelbagai dan selalu jadi pilihan terutama bagi yang mahu menu sihat namun sedap. Antara yang disukai adalah kerabu mangga, kerabu tauge, kerabu Maggi dan tak terkecuali adalah kerabu sotong.
Kalau biasa sotong kita masak sambal, bakar atau kari, kali ni kita buat pula kerabu sotong Thai. Mudah dan tak perlu banyak bahan. Caranya dikongsi oleh Yani Nadzirah II.
Cara buat kerabu sotong yang mudah, banyak tak banyak tapi sedap
Bahan-bahan
1/2 kg sotong
1 biji bawang besar – siap hiris
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi – campur merah & hijau
2 biji limau nipis
1 sudu nisey Thai – boleh ganti dengan gula biasa jika tiada
2 sudu sos ikan (Nampla)
1 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar – dihiris
Cara membuat:
Ads
1) Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.
2) Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan dalam satu bekas dan letak air rebusan sotong satu sudu.
3) Masukkan nisey Thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masam yang dikehendaki.
Ads
4) Perasakan ikut cita rasa kita. Kemudian masukkan sotong yang sudah ditos bersama bahan yang ditumbuk tadi. Gaul sampai mesra cili dengan sotong tadi.
5) Tabur tomato yang dah dipotong dadu dan daun ketumbar yang dah dihiris halus. Gaul sebati. Siap!
Kalau ke gedung Ikea, troli ini antara yang kaum wanita suka beli.Walaupun harganya Hampir RM150 tapi ia tetap disambar sebabnya cukup berguna untuk menyimpan barang terutama di dapur. Lagi satu ia memiliki roda dan senang ditarik ditolak.
Kalau ada yang teringin untuk membelinya tapi lokasi Ikea jauh atau ada kekangan duit, boleh cuba buat sendiri.
Caranya dikongsi oleh Maria Ariana. Walaupun DIY tapi rupa lebih kurang jer.
Benda boleh DIY buat apa beli
Disebabkan ramai yg pm dan wasap tanya pasai troli ala ala Ikea ni, nah kat sini saya post hasil kerja suami. Step by stepnya.
Diharap dapat membantu korang untuk berjimat sebab dia kata “benda boleh diy, buat apa beli”.
Barang yang diperlukan
Bakul
Untuk troli kita guna 3 pcs bakul, sebab kita nak buat 3 tingkat. Saiz bakul pulak ikut citarasa korang la tapi kalau guna bakul lain nanti ukuran paip pvc tu pun lain la ye. Bakul korang bleh cari kat kedai Eco, sebab murah.
Roda
Ok yg ni penting, roda. Pun dari kedai Eco. Beli 1 bungkus dapat 2pcs roda tapi pastikan tapak kat roda tu jenis yang 4 segi tau. Nanti nak ikat bolt sebab takut salah beli, kat Eco ada byk jenis roda.
Cable tie
Cable tie guna nak ikat bakul. Beli 1 bungkus pakai tak habis pun.tp pastikan beli yg besar baru la kuat nk ikat bakul tu.
Bolt & nut
Yg ni aku guna saiz ni. Boleh nampk kot dlm gambar tu berapa saiz dia. Guna utk ikat roda.
Paip PVC
Paip pvc ni ambik yg tebal tau sebab ada jugak yg nipis takut tak kuat. Ini beli kat kedai hardware.
Gam khas utk paip pvc
Joint
Nah gambar closeup saiz joint yg aku guna. 15mm tau saiz dia.Byk mana aku guna? Korang tengok kat gambar seterusnya ok.
Ni ukurannya. Kalau korang nak tinggikan lagi troli tu korang ejas la sendiri saiz dia.
Cara nak buat
Langkah 1
Ok. Masuk cara-cara nak buat
Step 1 guna..
– 4pcs L joint
– 4pcs T joint
– 2pcs paip 2cm
– 2pcs paip 36cm
– 4pcs paip 9cm
Sambung dan gam ikut mcm dlm gambar tu ya.
Langkah 2
Step 2 nak buat tiang.
– 4pcs paip 7cm(utk kaki bawah sekali tu)
– 8pcs paip 23cm
– 12 pcs T joint
– 12 pcs paip 2cm(utk sambung bahagianT joint tu) dekat arrow kuning tu.
– 4 pcs L joint.
Langkah 3
Ok step 3 korang cantumkan tapak dengan tiang.Jangan lupa gam baru tak tercabut.
Langkah 4
Step 4 tebuk lubang. Tengok gambar tu, faham kot noo. Lubang utk ikat roda dan ikat bakul.
Langkah 5
Step 5 guna bolt dan nut ikat roda tu. P/S: Kalau korang nak cat pastikan sblm pasang roda tu ya.
Langkah 6
Step 6 pasang bakul dan ikat ngan cable tie. Gambar closeup ikat bakul tu lupa ambil. Ikat la lagu mana pun janji lekat bakul tu.
Dah siap
Taadaaa…hat ni siap dah. Siap cat putih lagi. Baru nampak mahal. 3 tingkat ada 2 tingkat pun ada. Selamat mencuba!
Tip tanam pokok kucai ini wajib diketahui jika menanam sayur ini di rumah. Untuk memastikan pokok kucai ini cepat membiak, daun pun ‘gemuk-gemuk’ ada teknik yang perlu diketahui.
Tapi terlebih dahulu kena juga tahu cara tanam kucai ini, untuk lebih mudah boleh gunakan ubinya. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut cara dan tip yang dikongsi oleh Yuziyana Yusop.
Tip tanam kucai
Benamkan ubi kucai dalam tanah hitam dan tinggalkan sedikit batang kucai dipermukaan tanah.
Siram dan letak di kawasan redup seminggu dua ,kemudian terus dedahkan matahari penuh. Kucai suka matahari penuh dari pagi sampai petang.
Siram 2 kali sehari dan letak baja organik sebulan 3 kali (baja kopi, baja soya, baja tahi ayam, tahi kambing).
Jangan sayang nak tuai
Seawal 3- 4 minggu lepas semai dah boleh mula kerat daunnya yg pertama.
Tanam kucai jangan takut atau sayang nak tuai. Lagi kerat lagi cepat gemuk dan daun makin lebar.
Musim panas daun lambat panjang, tuai 3-4 minggu sekali.
Musim hujan daun cepat panjang,jadi boleh tuai daun 2 minggu sekali.
Cara biakkan & gemukkan kucai
Letakkan kucai di tempat teduh jika nak kucai keluar banyak anak. Tapi kucai yang diletak teduh akan jadi halus.
Bila dah banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu/polibeg lain.
Kucai yang terdedah di tempat panas lebih gemuk tapi lambat sikit membiak.
Kucai tempat teduh pula cepat membiak tapi daunnya halus saja. Alihkan semula ke tempat panas jika mahu kucai yang gemuk.
Dah berjaya tanam pokok terung di rumah. Pokok memang subur, daun pun lebat tapi masalahnya buah tak banyak. Siram dan baja cukup, namun hasil terung kurang sangat.
Kalau pokok ada masalah sebegini, cara yang disarankan oleh Azuan Abdullah ini boleh dilakukan.
Menurut beliau pokok terung yang lebat dan tapi buah kurang perlu dibuang daunnya. Kenapa? Ini penjelasan beliau.
Kenapa perlu buang daun pokok terung
Biasa dengar tak orang cakap pokok terung kalau daunnya banyak sangat, buah memang kurang. Kenapa ya?
Ini sebabnya. Daun adalah kilang kepada pokok. Maksudnya, daun lah yang akan proses makanan kepada pokok. Istilah pertaniannya kita panggil fotosintesis.
Namun, tak semua daun bertindak sebagai kilang. Contohnya;
1. Daun kering 2. Daun kuning (faktor usia) 3. Daun yang tak terdedah pada cahaya.
Ketiga-tiga jenis daun di atas adalah daun yang tidak berfungsi. Dengan kata mudah ia tidak berfungsi sebagai kilang kepada pokok.
Daun subur tapi tak buat ‘makanan’
Dalam kes pokok terung, daun yang tidak berfungsi paling banyak adalah daun yang tidak terdedah kepada cahaya (jika tidak pruning).
Daun ini subur dan hijau molek, tapi tak buat makanan. Namun ia masih ambil makanan. Rugi saja bela daun ni. Makan saja, kerja tak buat.
Sebab tu, dalam pengurusan ladang terung yang baik, semua daun yang tidak berfungsi akan “diprunning” (dipotong). Lepas ia dibawa keluar daripada kawasan tanaman untuk dikambus atau dibakar.
Proses ini amat penting pagi memastikan pokok kita,
1. Kurang risiko serangan perosak dan penyakit.
2. Sistem pengudaraan yang baik kepada pokok.
3. Menjimatkan pengambilan nutrien.
4. Agihan nutrien dalam pokok lebih seragam.
5. Meningkatkan pengeluaran buah.
Banyak daun tak berfungsi punca buah kurang
Jika pokok terung yang kita tanam subur sangat dan buahnya kurang. Ia biasa disebabkan oleh banyaknya daun yang tidak berfungsi di pokok.
Prunning daun usah sayang. Masa prunning berpada-pada juga, jangan sampai botak pula pokok.
Bila dah botak, tumbesaran pokok akan terganggu. Jadi kes tak cukup makanan pula sebab kilang dah kurang. Nak pulih balik, kena ambil masa.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...