Jajan kerepek gunting atau jejari udang ini memang layan kalau dimakan. Rasanya yang rangup dan pedas akan buat kita tak boleh berhenti bila dah mula makan.
Sambil tengok tv noleh habis sebalang jika tak dikawal. Memandangkan sekali makan pun boleh habis, elok juga kalau kita buat sendiri jajan ni.
Cara membuatnya tak susah mana dan dikongsi oleh Ummi Hawa
. Untuk hasilkan bentuk panjang ini boleh guna mesin mee tapi jika tiada guna cara original, canai nipis dan gunting, macam stail dulu-dulu.Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum (jenama apa pun boleh)
Segenggam udang kering/ udang kepai*
Ikan bilis tak sampai segenggam*
Telur 1 biji*
Jintan manis 1 sudu kecil teh*
Jintan putih 1 sudu kecil teh*
Serbuk kunyit 1 sudu dadih*
Cabai – ikut tahap pedas yang dikehendaki*
2 labu bawang besar*
Bawang putih 7 ulas*
Gula, garam secukup rasa*
Daun kari – tak sampai segenggam
Cara membuat:
1. Daun kari tadi digoreng dan ditos.
2. Kisar semua yang bertanda dengan air secukupnya.
3. Selepas hancur, masukkan daun kari dan kisar lagi tapi jangan sampai lumat sangat.
4. Tuang bahan yang dikisar dalam tepung kemudian uli hingga menjadi doh.
5. Canai dalam mesin mi. Mula-mula no. 1 kemudian no. 3 dan seterus no. 4 atau 5.
6. Dah siap boleh goreng hingga kekuningan atau kemerahan. Angkat dan tos. Simpan dalam bekas kering.
TIP
– Jika doh melekat pada mesin itu tandanya bancuhan lembik. Kena tabur tepung lagi hingga jadi sedikit keras supaya jadi macam kepingan.
-Untuk menggoreng boleh guna sekilo minyak.
Selamat mencuba
Sumber: Ummi Hawa.