
Kerepek pisang antara jajan tradisional kegemaran ramai. Kerepek ini kalau dapat yang nipis dan rangup memang sedap. Guna pulak pisang yang ada rasa lemak, memang boleh habis sebalang.
Nak dapatkan kerepek pisang nangka yang sedap macam ni ada caranya. Kena tahu tip waktu rendam dan juga menggoreng. Bagi yang nak cuba, tip yang dikongsi oleh pengusaha kerepek Huda Perak ini boleh dipraktikkan.
Tip kerepek pisang rangup dan nipis
Kerepek pisang nangka marjerin. Alhamdulillah tempahan raya 300 paket. Resepi turun temurun…Rangup dan nipis. Ini tipnya;
Pilih pisang
Pisang ini tak gunakan pewarna dan pengawet, untuk dapatkan warna kuning semula jadi pilih pisang tua atau yang dah matang.
Waktu rendam
Selepas kupas kulit pisang, rendam. Letak asam keping supaya pisang tak hitam.
Waktu menggoreng
- Gunakan penyagat, sagat terus pisang masuk dalam kuali berisi minyak panas.
- Sewaktu pisang separuh masak dalam kuali, letak satu sudu makan marjerin.
- Apabila pisang dah garing masukkkan satu sudu air garam. Selang 3 kali goreng letak air garam semula.

Inilah hasil kerepek pisang nangka yang dah siap, sedia untuk dijual.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Huda Perak
Buat Sendiri Set Ala ‘Snack Plate KFC’. Lengkap Dengan Kentang Putar, Coleslaw & Ayam Goreng Rangup!

Isi Kandungan
ToggleAyam goreng restoren makanan segera ini memang kegemaran ramai. Rasanya setiap bulan mesti beli.
Tapi kalau ahli keluarga ramai memang banyak juga modal untuk beli hidangan ini. Kalau nak jimat, kita buat sendiri.
Biasa kita pesan set snack plate, jadi kita buat set ini di rumah. Lagi best, kita boleh pilih bahagian ayam mana yang kita suka. Caranya dikongsi oleh Umi Watie.
DIY Set Ala ‘Snack Plate KFC’
Untuk buat set ala snack plate KFC yang lengkap ini ada 3 langkah. Buat kentang putar dan kuahnya, coleslaw dan ayam goreng rangup.
1. Langkah buat kentang putar dan gravy
- Saya guna 6 ketul kentang saiz sederhana saja. Rebuskan sampai empuk.
- Bila dah empuk kentang kita tadi terus masukkan dalam bekas.
- Lenyek-lenyekkan kentang masa kentang masih panas. Kalau dah sejuk susah sikit nak haluskan kentang. Masukkan ¼ cawan susu.
- Masukkan 1 sdb mentega. Masukkan semasa kentang masih panas tau.
- Lepas tu perasakan dengan garam dan taburkan daun parsley kering.
- Untuk gravy, bawang putih 3 ulas dicincang. Panaskan 1 sdb mentega. Tumis bawang putih.
- Bila bawang putih dah kekuningan. Bubuh 1 sdb tepung gandum. Kacau sentiasa. Jangan sampai hangit.
- Bila tepung nampak keemasan masukkan ¾ cawan air. Kacau kacau, masukkan serbuk lada hitam, 1 sdb sos tiram 2 sdb sos Lada hitam.
- Kacau lagi, biarkan bahan merenih. Masukkan susu ½ cawan.
- Masukkan kicap masin 3 sdb. Kacau kacaukan lagi.
- Perasakan dengan garam. Rasa dulu tau sebab tadi kita dah bubuh sos tiram, kicap semua tu. Kita ejas rasa saja. Sejukkan.
2. Langkah buat coleslow
- Ambil kubis 1 cawan, lobak merah ½ cawan, bawang merang ½ biji.
- Cincang semua bahan ni. Pakai chopper pun boleh.
- Masukkan mayonis 3 sdb, susu ¼ cawan, garam dan gula.
- Gaulkan semua bahan sebati. Sejuk Kan dalam peti sejuk.
3. Langkah buat ayam goreng rangup
- Saya guna bahagian drummet 10 ketul ayam, 1 biji telur dan ¾ cawan tepung Bestari pedas.
- Gaulkan ayam sebati.
- Untuk bancuhan tepung salut campur 1 cawan tepung Bestari pedas ½ cawan tepung jagung.
- Gaulkan ayam yang sudah diperap lebih awal tadi. Golekkan biar semua bahagian kena tepung.
- Gorengkan dalam periuk, minyak panas dan terendam. Sekali goreng 4 ketul saja, guna periuk kecil saja. Jaga api tau.
- Goreng sampai ayam keemasan. Toskan dan hidangkan.
Susun cantik ayam goreng rangup, coleslaw dan kentang putar dalam pinggan macam snack plate. Sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.
Sumber: Umie Watie
Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Begini Cara Kiraannya

Isi Kandungan
ToggleHujung tahun ini ramai yang berkira-kira dengan dividen dalam simpanan yang bakal diperolehi. Seronok mengira jika simpanan dah banyak, ditambah pula dengan dividen yang akan diterima.
Tapi dalam Islam dalam hak kita ada hak orang lain. Ramai yang tak sedar bahawa wang simpanan dalam bank kita pun diwajibkan membayar zakat sekiranya cukup haul atau syaratnya.
Macam mana nak kira zakat simpanan? Kita rujuk perkongsian daripada Lembaga Zakat Selangor ini.
Kalau simpanan RM20k
Puan: Ustaz, simpanan saya ada RM20,000. Adakah saya kena zakat?
Ustaz: Ya kena zakat puan. Baki akhir simpanan puan telah melebihi nisab. Nisab semasa di Selangor adalah RM13, 950. Zakat yang wajib puan tunaikan ialah RM500 sahaja puan.
Manfaat berzakat ini sangat hebat puan, selain puan dapat bersama membantu asnaf fakir, miskin, muallaf, amil dan golongan asnaf yang lain, dengan berzakat juga akan dimurahkan lagi rezeki puan, dibersihkan harta puan dan diberkati lagi diri dan harta puan.
Puan: Baik, ustaz. Terima kasih atas penjelasan. Saya simpan ya nota kiraan ustaz ini.
Ustaz: Silakan puan, segera tunaikan zakat ya puan. Puan boleh datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran atau tunaikan sahaja secara online di www.zakatselangor.com.my.
Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat
1. Simpanan Tetap
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
2. Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.
3. Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
4.Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Contoh:
Jika akaun A baki terakhir 3,000 tidak dikenakan zakat sebab bawah paras nisab RM 13,950 tapi bila dicampur akaun B ada RM 5000 akaun C Ada RM 8,000 total ada RM 16,000 maka zakat yg wajib ditunaikan adalah RM 16,000 x 2.5%=RM 400
Kaedah yang salah kalau kita buat RM 16,000-RM13,950=RM 2050X2.5%=51.25
Kaedah kiraan untuk ASB
Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, sesuai dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2019.
Oleh itu, sila ambil pokok pelaburan di akhir tahun dan dicampurkan dengan pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) semasa, *72% bagi dividen tahun 2019 (rujuk jumlah peratusan terkini yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa).
Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.
Contoh : Pokok + (pendapatan x *72% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa
INFO: Ini adalah kaedah kiraan zakat untuk negeri Selangor
Sumber: Lembaga Zakat Selangor
Cara Mudah Tanam Kangkung, Guna Botol Air Mineral Saja. Tak Perlu Siram, Tanah Tak Kering!

Isi Kandungan
ToggleNak tanam sayur cara mudah boleh guna cara ini. Boleh mulakan dengan sayur kangkung. Tanam sayur guna botol air mineral saja.
Jika di rumah ada banyak botol plastik ini, boleh guna semula untuk buat tanam sayur. Selain kangkung boleh juga guna cara ini untuk tanam sayur sawi atau bayam.
Cara penanaman ini semua sangat untuk mereka yang sibuk sebab tak perlu disiram namun, tanahnya tetap tak kering. Panduan penanaman kaedah ini dikongsikan oleh Rumah Kebun Organik
Cara tanam kangkung dalam botol
Bahan diperlukan
Botol air 1.5 liter
Gunting
Pisau
Paku
Tanah
Biji benih kangkung
Cara membuat
1. Potong dua/ separuh botol air tersebut.
2. Masukkan bahagian penutup ke dalam botol bahagian bawah. Seperti gambar.
3. Tebuk beberapa lubang pada bahagian bawah penutup botol.
4.Kemudian ayak tanah subur, sekam dan kompos dengan nisbah 1:1:1 untuk mengasingkan bendasing. Kemudian, masukkan ke dalam botol tadi.
5. Setelah itu masukkan 5 hingga 8 biji benih kangkung. Timbuskan semula dengan tanah dan siram air.
6. Biarkan sehingga keluar pucuk, bercambah setelah 7 hari.
7. Masukkan air pada bekas bahagian bawah. Setelah 16 hari, kangkung semakin subur membiak.
Cara ini kangkung tidak perlu disiram setiap hari dan tanah pun tidak kering. Lebih kurang sebulan usia kangkung sayur ini dah pun boleh dituai. Mudah kan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Rumah Kebun Organik