Kerepek pisang antara jajan tradisional kegemaran ramai. Kerepek ini kalau dapat yang nipis dan rangup memang sedap. Guna pulak pisang yang ada rasa lemak, memang boleh habis sebalang.
Nak dapatkan kerepek pisang nangka yang sedap macam ni ada caranya. Kena tahu tip waktu rendam dan juga menggoreng. Bagi yang nak cuba, tip yang dikongsi oleh pengusaha kerepek Huda Perak
ini boleh dipraktikkan.Kerepek pisang nangka marjerin. Alhamdulillah tempahan raya 300 paket. Resepi turun temurun…Rangup dan nipis. Ini tipnya;
Pilih pisang
Pisang ini tak gunakan pewarna dan pengawet, untuk dapatkan warna kuning semula jadi pilih pisang tua atau yang dah matang.
Waktu rendam
Selepas kupas kulit pisang, rendam. Letak asam keping supaya pisang tak hitam.
Waktu menggoreng
Inilah hasil kerepek pisang nangka yang dah siap, sedia untuk dijual.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Huda Perak