Selalu kalau nak minum kopi macam ni kena pergi kafe yang mahal sikit. Tak tahu pulak boleh buat sendiri.

Rupanya ada saja cara kalau nak merasa kopi mahal ni di rumah. Perkongsiannya dibuat oleh  Dr.Kamarul Ariffin Nor Sadan. . Ok lepas ni jimat sikit duit, kurang pergi kafe. Thanks doc!

Takde mesin kopi pun boleh buat

Semalam saya muat naik gambar kopi yang isteri saya buat. Kopi tu ada latte art. Alah yang ada corak dibuih kopi tu. Ada orang kata untunglah saya ada mesin kopi.

Eh, tahu tak kau orang pun boleh buat kopi macam tu tanpa mesin kopi? Serius ni! Meh saya kongsi caranya!

Bahan-bahan:
  • Nescafe 2 camca teh (jenama lain pun boleh)
  • Susu 200ml
  • Gula 1 camca teh
Alatan yang diperlukan
  • Cawan
  • Pitcher (kole besi yang ada muncung)
  • French press (alat penapis kopi)

Info : Pitcher dan French press boleh beli di Lazada, IKEA atau kedai kelengkapan masak pun ada. Murah je.

Cara membuatnya

1. Kole besi tu namanya pitcher, yang sebelah kanan tu French press. French press ni sebenarnya adalah penapis hampas kopi.

Buat Sendiri Kopi Latte Yang Rupa & Rasanya Macam Minum Di Kafe

2. Saya guna susu segar (fresh milk/ full cream). Kalau kalian nak guna susu sejat pun boleh. 100ml susu sejat + 100ml air panas. Kalau nak guna susu pekat manis pun boleh. 2-3 camca teh susu pekat manis + 170ml air panas.

IKLAN

Buat Sendiri Kopi Latte Yang Rupa & Rasanya Macam Minum Di Kafe

3. Saya guna susu segar, jadi kena panaskan dalam microwave dulu. Saya bubuh dalam pitcher kaca ni masa nak panaskan. Seminit sahaja.

Buat Sendiri Kopi Latte Yang Rupa & Rasanya Macam Minum Di Kafe

Kalau nak pakai dapur gas pun boleh. Panaskan sampai susu sekitar 50°C. Kalau lebih, susu rosak. Susu lain kau jangan tanya. Almomd milk ke, soya ke, hazelnut milk ke, aku tak tahu boleh tak. Kau orang cubalah sendiri.

IKLAN
Selain itu:  Cara Buat Dalgona Coffee Yang Sedang Trending Sekarang!

4. Kemudian tuang susu panas tu dalam French press. Kenapa nama dia French press? Entah, mungkin orang Perancis ramai yang tertekan kot.

Buat Sendiri Kopi Latte Yang Rupa & Rasanya Macam Minum Di Kafe

5. Tapi sebelum itu larutkan Nescafe dulu. Letak Nescafe dan gula dalam cawan kesayangan kau orang. Bancuh dengan sedikit air panas.

Buat Sendiri Kopi Latte Yang Rupa & Rasanya Macam Minum Di Kafe

IKLAN

6. Kemudian kita kocak susu tu macam ni. Kau orang jangan macam-macam. Kocak  perlahan-lahan dan cermat. Inilah yang akan buat susu jadi gebu. Baru boleh buat latte art.

7. OK! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Saksikanlah keajaiban! Alakazam!

Selamat mencuba!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI