Selalu kalau nak minum kopi macam ni kena pergi kafe yang mahal sikit. Tak tahu pulak boleh buat sendiri.
Rupanya ada saja cara kalau nak merasa kopi mahal ni di rumah. Perkongsiannya dibuat oleh Dr.Kamarul Ariffin Nor Sadan. . Ok lepas ni jimat sikit duit, kurang pergi kafe. Thanks doc!
Semalam saya muat naik gambar kopi yang isteri saya buat. Kopi tu ada latte art. Alah yang ada corak dibuih kopi tu. Ada orang kata untunglah saya ada mesin kopi.
Eh, tahu tak kau orang pun boleh buat kopi macam tu tanpa mesin kopi? Serius ni! Meh saya kongsi caranya!
Info : Pitcher dan French press boleh beli di Lazada, IKEA atau kedai kelengkapan masak pun ada. Murah je.
1. Kole besi tu namanya pitcher, yang sebelah kanan tu French press. French press ni sebenarnya adalah penapis hampas kopi.
2. Saya guna susu segar (fresh milk/ full cream). Kalau kalian nak guna susu sejat pun boleh. 100ml susu sejat + 100ml air panas. Kalau nak guna susu pekat manis pun boleh. 2-3 camca teh susu pekat manis + 170ml air panas.
3. Saya guna susu segar, jadi kena panaskan dalam microwave dulu. Saya bubuh dalam pitcher kaca ni masa nak panaskan. Seminit sahaja.
Kalau nak pakai dapur gas pun boleh. Panaskan sampai susu sekitar 50°C. Kalau lebih, susu rosak. Susu lain kau jangan tanya. Almomd milk ke, soya ke, hazelnut milk ke, aku tak tahu boleh tak. Kau orang cubalah sendiri.
4. Kemudian tuang susu panas tu dalam French press. Kenapa nama dia French press? Entah, mungkin orang Perancis ramai yang tertekan kot.
5. Tapi sebelum itu larutkan Nescafe dulu. Letak Nescafe dan gula dalam cawan kesayangan kau orang. Bancuh dengan sedikit air panas.
6. Kemudian kita kocak susu tu macam ni. Kau orang jangan macam-macam. Kocak perlahan-lahan dan cermat. Inilah yang akan buat susu jadi gebu. Baru boleh buat latte art.
7. OK! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Saksikanlah keajaiban! Alakazam!
Selamat mencuba!
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan