Makanan Korea memang semakin diminati oleh masyarakat negara kita terutama golongan muda.Bukan saja restoren, gerai tepi jalan pun ada menu Korea ikut citarasa Malaysia.
Salah satunya adalah bibimbap atau nasi campur Korea. Sebenarnya untuk menikmati hidangan bibimbap ini tak perlu pergi pun ke restoren Korea yang ada. Ia boleh dibuat sendiri sebab penyediaannya mudah.
Cuma perlu sedia sayur, daging dan nasi. Itu saja. Jika nak cuba buat sendiri Puan Zurina Zulkifli berkongsi langkah demi langkah membuatnya.
Buat sendiri Korean Bibimbap
Korean Bibimbap, bahasa mudahnya nasi campur Korea. Saya bukan peminat mukbang atau KPop. Tapi saya tertarik dengan masakan Korea yang selalu menyajikan hidangan sayuran yang banyak. Segar mata melihatnya, kaya dengan khasiat.
Sekali sekala masak masakan Korea untuk mencuba menu. Lagipun untuk masakan Korea, bahannya mudah didapati di pasaran.
Bahan yang perlu dimasak
Daging kambing hiris memanjang, perap dengan kicap cair dan sos tiram selama 10 minit. Tak perlu garam.
Lobak merah hiris memanjang, perap dengan secubit garam halus.
Timun Jepun, hiris memanjang dan perap dengan secubit garam halus.
Tauge segenggam, cuci bersih
Sawi Jepun, ketepikan bahagian yang keras, cuci bersih.
Sebiji telur ayam, cuci bersih
Cara membuat
1. Panaskan sesudu kecil minyak masak/minyak bijan. Goreng lobak merah ke atas kuali sehingga lembut.
Ads
2. Goreng hirisan timun Jepun sehingga lembut.
3. Masakkan daging kambing yang diperap tadi, api perlahan. Daging tak perlu garing atau kering, biarkan daging masak, lembut dan berjus. Nak guna daging lembu atau ayam pun sedap. Yang penting kena hiris nipis dan memanjang.
Ads
4. Untuk tauge dan sawi Jepun, rebus dan toskan. Goreng telur mata, bahagian kuning biarkan sedikit cair.
5. Sediakan mangkuk sederhana besar, letak dua senduk nasi. Saya guna beras Sumo iaitu beras Jepun. Lihat gambar rujukan.
6. Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi. Aturannya, Ratakan nasi, kemudian letakkan telur mata di tengah. Susun sayuran mengelilingi telur mata.
Ads
7. Kimchi dan Gochujang (Pes Cili Korea) saya beli di pasar raya.Kemudian tabur sedikit biji bijan, sedikit sahaja. Tak perlu banyak. Siap, sedia untuk dimakan.
Cara hidangan/makan
Gaulkan kesemua sekali nasi dan sayuran di dalam mangkuk.
Tekap dengan sudu.
Selalu buat laksa utara, laksa Penang, laksa Johor, laksa Kelantan apa kata kita buat pulak laksa Siam atau laksa lemak Siam.
Mungkin ada yang pernah merasa keenakannya sewaktu melawat negara jiran ini atau duduk di sempadan Thai. Dengan kuah lemak dan penuh ikan, laksa Siam ini memang enak. Kalau nak cuba, ini cara membuatnya.
Cara buat laksa lemak Siam
Bahan-bahan
Laksa kering – jenis halus (rebus dahulu kemudian tos)
1 kg ikan Selayang/ temenung
1 sudu besar cili kisar
4 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut
3 cawan santan pekat
Garam, gula & perasa
Bahan kisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
4 batang serai (2 batang dikisar, 2 batang lagi diketuk masuk dlm kuah)
2 inci belacan
5 biji cili api (nak pedas, lebihkan cili)
Bahan-bahan sampingan
Timun -dihiris
Taugeh
Kacang Panjang -dihiris
Bunga kantan -dihiris
Daun selasih/ Thai basil
Limau nipis -dibelah
Cara membuat
1. Rebus ikan, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus.
Air rebusan ikan disimpan, gunakan untuk kisar tulang kemudian tapis.
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan serai yang diketuk ke dalam periuk.
3. Masukkan isi ikan yang dikisar. Bila sudah mendidih, boleh masukkan asam keping, daun limau purut dan air. Kuah jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan santan, kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
5. Perasakan dengan garam, gula & bahan perasa. Bila sudah se rasa, dan mendidih tutup api
6. Hidangkan laksa lemak Siam dengan bahan-bahan sampingan.
Setiap kali keluar dari kereta yang berhawa dingin, cermin mata mula la berkabus. Begitu juga bila keluar dari pada pejabat.
Satu hal pula nak kena lap sebelum mula jalan. Ada juga yang terus melangkah dan terlanggar benda gara-gara penglihatan tak jelas gara-gara cermin mata berkabus ini. Bila pakai penutup muka pun sama.
Hanya mereka yang memakai cermin mata saja faham situasi ini. Sebenarnya ada beberapa cara untuk mengelakkan cermin mata kita berkabus bila keluar dari tempat berhawa dingin dan ketika mengenakan mask.
1. Gunakan cecair pencuci pinggan
Caranya tuang cecair pencuci pinggan di atas tuala, kemudian lap terus pada cermin mata. Biarkan sehingga 15 atau sehingga kering. Selepas itu lap dengan kain mikro fiber.
2. Gunakan ubat gigi atau shaving foam
Sapu ubat gigi atau shaving foam terus pada cermin mata di depan dan belakang sehingga rata. Kemudian terus basuh kemudian lap. Cara menggunakan shaving foam tahan lebih lama berbanding ubat gigi.
Pokok terung yang dah tua selalunya kurang hasil dan kalau ada pun saiz buahnya makin kecil. Selalunya bila lihat pokok begini kita pun akan tebang dan tanam pokok baru.
Tapi sebenarnya tak perlu buang pokok terung yang tua ini. Ada cara yang boleh dilakukan untuk ‘mudakan’ kembali pokok ini supaya subur dan berbuah semula. Caranya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.
Cara ‘remajakan/mudakan’ semula pokok terung yang dah tua
Jika sahabat ada tanam pokok terung, lama kelamaan hasilnya pasti semakin berkurangan dan buahnya menjadi kecil sebab pokoknya dah semakin tua. Jangan terus buang pokoknya. Kita boleh remajakan atau mudakan semula pokok tersebut.
Ini keadaan pokok terung sebelum dicantas. Masih lagi berbuah tetapi buahnya kecil saja.
Begini caranya
1. Kerat semua dahan atau ranting yang dah tua.
2. Kemudian gembur tanah dalam pasu tersebut. Akar-akar yang berada pada permukaan tanah kalau terputus pun tak apa. Lagi baik.
Setelah dahan tua dibuang
3. Selepas itu tabur tahi ayam dan beri baja kopi pada masa yang sama.
4. In sya Allah lebih kurang dalam enam minggu selepas itu, pokok akan tumbuh subur dan merimbun serta berbuah semula.
Inilah hasilnya selepas lebih kurang 6 minggu
Keadaan pokok terung berbuah lebat semula selepas lebih kurang 6 minggu.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...