Makanan Korea memang semakin diminati oleh masyarakat negara kita terutama golongan muda.Bukan saja restoren, gerai tepi jalan pun ada menu Korea ikut citarasa Malaysia.
Salah satunya adalah bibimbap atau nasi campur Korea. Sebenarnya untuk menikmati hidangan bibimbap ini tak perlu pergi pun ke restoren Korea yang ada. Ia boleh dibuat sendiri sebab penyediaannya mudah.
Cuma perlu sedia sayur, daging dan nasi. Itu saja. Jika nak cuba buat sendiri Puan Zurina Zulkifli berkongsi langkah demi langkah membuatnya.
Korean Bibimbap, bahasa mudahnya nasi campur Korea. Saya bukan peminat mukbang atau KPop. Tapi saya tertarik dengan masakan Korea yang selalu menyajikan hidangan sayuran yang banyak. Segar mata melihatnya, kaya dengan khasiat.
Sekali sekala masak masakan Korea untuk mencuba menu. Lagipun untuk masakan Korea, bahannya mudah didapati di pasaran.
1. Panaskan sesudu kecil minyak masak/minyak bijan. Goreng lobak merah ke atas kuali sehingga lembut.
2. Goreng hirisan timun Jepun sehingga lembut.
3. Masakkan daging kambing yang diperap tadi, api perlahan. Daging tak perlu garing atau kering, biarkan daging masak, lembut dan berjus. Nak guna daging lembu atau ayam pun sedap. Yang penting kena hiris nipis dan memanjang.
4. Untuk tauge dan sawi Jepun, rebus dan toskan. Goreng telur mata, bahagian kuning biarkan sedikit cair.
5. Sediakan mangkuk sederhana besar, letak dua senduk nasi. Saya guna beras Sumo iaitu beras Jepun. Lihat gambar rujukan.
6. Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi. Aturannya,
7. Kimchi dan Gochujang (Pes Cili Korea) saya beli di pasar raya.Kemudian tabur sedikit biji bijan, sedikit sahaja. Tak perlu banyak. Siap, sedia untuk dimakan.
Cara hidangan/makan
Gaulkan kesemua sekali nasi dan sayuran di dalam mangkuk.
Tekap dengan sudu.
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkifli