Ada yang panggil kuih bom, onde-onde atau kuih bom bijan. Apapun namanya, kuih tradisional ini memang sedap. Cuma biasanya kita beli saja, jarang buat sendiri.
Supaya kuih tradisi ini tak hilang ditelan zaman, elok juga kita belajar buat kuih ini yang sebenarnya mudah saja. Bila buat sendiri boleh letak inti yang kita suka, sama ada inti kelapa atau kacang merah.
Kalau nak cuba, caranya dikongsi oleh Roslina Shaari Ina Kie. Cara ini guna sukatan cawan lebih mudah dan katanya, insya-Allah tak meletup bila digoreng.
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan gula
2 biji kentang(rebus dan lenyek)
Bijan – secukupnya
Garam dan air suam secukupnya
Inti yang siap dibulatkan (inti kelapa, kacang merah atau kacang hijau).
Cara membuat
1. Larutkan gula dalam air suam.
2. Kemudian campur semua bahan dan tuang sedikit demi sedikit ir suam.
3. Uli sampai sebati. Pastikan adunan jangan lembut nanti susah nak dibentuk.
4. Ambil adunan lebih kurang sebesar bola golf, leperkan dan letak inti. Bulatkan semula dan golek dalam pinggan berisi bijan. Biar semua bahagian melekat bijan.
5.Letak ke tapak tangan dan golekkan supaya bijan melekat dengan elok. Buat sehingga habis adunan.
6. Bila dah siap, boleh terus goreng tak perlu perap.
7. Goreng guna api sederhana, insya-Allah tak meletup.
Selamat mencuba.
Sumber: Roslina Shaari Ina Kie.