Makan

Buat Sendiri Kuih Puteri Ayu, Guna Sukatan Ini Untuk Dapat 100 Biji Sekali Masak

Share

Kuih puteri ayu antara santapan biasa kita waktu pagi mahu pun petang. Rasa yang manis, tekstur lembut bersama kelapa buat ia jadi kegemaran ramai.

Jika satu keluarga suka dengan kuih ini, elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Nak buat 100 biji pun boleh, puas hati makan. Sambil itu boleh sedekah juga pada ahli keluarga terdekat atau jiran.

Cara membuat dan sukatannya dikongsi oleh Kak Sue SarangHae II.

Cara buat kuih Puteri Ayu, dapat 100 biji sekali masak

Hari ini kita siapkan order 100 biji kuih puteri ayu. Resipi saya buat sekali harung saja, dalam satu bancuhan. Dapat dalam 140 lebih juga. Bagi yang cari resepi kuih puteri ayu satu adunan dapat banyak boleh guna resipi ini. Saya pun dapat dari sahabat di Facebook je. Tapi alhamdulillah menjadi resipi puteri ayu 100 biji.

Bahan ayak
10 cawan tepung gandum
5 sudu kecik baking powder
(Dah siap ayak, ketepikan dulu)

Bahan untuk mixer
6 biji telur gred A/B
4 cawan gula halus
5 sudu kecik ovalette
(Putar dalam mixer bahan di atas sampai kembang putih dan bertanduk. Dalam 5 minit. Ini langkah paling penting)

Bahan berair
2 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan, tapis dan ambik airnya)
1 cawan air putih

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan berair dalam satu jag.

2. Dalam satu bekas, masukkan bahan yang mixer berselang seli tepung dan bahan berair. Putar supaya sekata saja, tak perlu putar lama.

3. Apabila dah siap putar, ketepikan dan perap adunan dalam 1 ke 2 jam

4. Sambil itu panaskan kukusan, kukus kelapa parut yang digaul jaram dan sedikit tepung jagung selama 5 minit.

5. Sementara itu oles acuan puteri ayu dengan minyak. Bila kelapa parut dah siap kukus keluarkan. Biarkan air kukusan mendidih.

6. Masukkan kelapa parut dalam acuan, tekan sampai habis dalam. Menggunakan piping bag masukkan adunan dalam acuan bila adunan dah siap perap satu hingga dua jam.

7. Sebelum guna adunan, guna spatula kaup balik untuk buang angin kemudian baru masukkan dalam piping bag dan tekan ke dalam acuan.

8. Kukus antara 8-10 minit saja. Penutup periuk kukus pastikan dilapik kain. Supaya air tak jatuh atas kuih yang akan menyebab kuih bantat.

9. Dah cukup 8 minit, angkat dan keluarkan. Masukkan acuan lain dan kukus lah smpai siap semuanya.

TIP: Cawan sukatan pastikan guna cawan yang sama.

Selamat mencuba.

Sumber: Kak Sue SarangHae II.

Published by
VK