Ada panggil kuih ros, kuih loyang, kuih goyang, kuih sarang lebah atau kuih bunga durian Apa pun namanya tetap kuih yang sama. Kuih lama yang ramai peminatnya.
Kalau mencari kuih raya yang senang buat dan bahan tak banyak, kuih ros ini salah satu daripadanya. Dikongsi oleh Sarimas Senek yang juga peniaga kuih ini, berikut adalah resipi yang boleh diikuti.
Bahan-bahan
1 kampit/500gram – tepung beras Cap Gajah (3/5 gajah)
2 biji telur
1 cawan gula pasir (kurangkan jika tak nak manis)
1 sudu teh esen ros
1 kotak santan KARA (kecil)
Garam
Sedikit kapur (untuk rangupkan kuih)
Air – 3 kotak (ikut sukatan kotak santan)
Cara membuat
1. Bancuh semua bahan kemudian tapis.
2. Panaskan minyak yang banyak bersama dengan acuan.
3. Celup acuan dalam adunan, biar seketika. Goyangkan loyang supaya ia tanggal dan goreng hingga keemasan.
Adunan lekat pada loyang – selalu terjadi pertama kali buat, adunan melekat tak mahu tanggal daripada loyang. Tip supaya ia tak berlaku rendam loyang dengan minyak yang berisi 3 hingga 4 asam keping sehingga tiga ke empat hari. Kemudian lap kering.
Jika beli acuan baru, jangan basuh dengan air tapi lap acuan dengan minyak hingga bersih.
Adunan tak melekat pada acuan – boleh jadi juga semasa mencelup loyang dalam adunan ia tak melekat. Masalah ini terjadi mungkin kerana loyang berminyak sangat. Ketuk-ketuk sikit acuan atas kain untuk kurangkan minyak kemudian baru celup.
Pastikan acuan betul betul panas supaya adunan melekat. Jika kurang panas adunan takkan melekat.
Jika buat banyak – kalau nak cepat atau nak buat dalam jumlah yang banyak boleh gunakan acuan berangkai 3-5 bunga. Ada jual di Shopee, klik SINI.
Selamat mencuba.
Sumber: Sarimas Senek