Bagi peminat laksa, boleh belajar buat laksa beras sendiri. Laksa beras homemade ini lain teksturnya, lebih kenyal dan padat. Namun boleh hidang dengan apa juga kuah laksa sama ada kuah laksa utara atau laksa lemak putih. Tetap sedap.
Cara membuatnya dikongsi oleh Roslina Shaari Ina Kie yang menggunakan acuan maruku saja untuk membuat laksa beras.
Cara buat laksa beras
Bahan-bahan
4 cawan tepung beras cap Teratai
3 sudu makan tepung ubi (membukit)
3 sudu makan tepung gandum (membukit)
3 cawan air panas mendidih
Secubit garam
Cara membuat
1. Letak tepung dalam bekas.
2. Larutkan garam dengan air panas kemudian tuang sedikit demi sedikit air panas ke tepung sambil kacau dengan senduk.
3. Kalau rasa keras tambah sikit air panas.
Ads
4. Tekan-tekan doh dan kepal jadi ketul. Waktu kepal sapu tangan dengan minyak.
5. Masukkan doh yang dikepal dalam acuan. Saya guna acuan maruku.
6. Sebelum itu panaskan kukusan terlebih dahulu.
7. Bentukkan laksa buat sampai habis dan terus kukus dalam 20 minit.
Ads
8. Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit. Kemudian buang air dan tambah air baru.
9. Kacau laksa supaya terlerai antara satu sama lain dan terus tapis.
10. Siap, boleh makan segala jenis kuah laksa sama ada laksa utara, laksa lemak kuah putih atau laksa kuah kari.
Masalah lipas terutama di bahagian dapur memang buat kita risau. Iyalah tempat kita memasak dan simpan barang makanan. Lipas ini pula sifatnya kotor. Nak pakai penyembur tak sesuai pula takut masuk dalam makanan.
Tapi satu cara mudah yang kita boleh buat untuk halau lipas di dapur atau bahagian lain dalam rumah malah kereta juga. Cuma guna dua bahan saja iaitu gula dan baking soda, caranya dikongsi Iza Abu Bakar.
Petua halau lipas dengan dua bahan
Stres bila nampak lipas merayap rayap di dalam rumah especially area dapur kan.
Menurut kajian, di dalam perut lipas ada cacing halus dan lembut.
Kalau kita pukul atau halau lipas tu dengan penyapu ke kertas ke kemungkinan cacing ni akan keluar dari perut lipas tadi dan mencari rumah baru untuk membiak. Cacing ini tak boleh nampak dengan mata kasar sebab saiznya yang kecil.
Satu cara nak hapuskan lipas ini adalah menggunakan cara ini.
Sediakan;
1 sudu makan baking soda
1 sudu makan gula
2. Campurkan dua dua bahan tersebut dalam satu bekas. Gaul sebati.
3. Kemudian letak bekas ini tempat gelap yang menjadi laluan lipas. Ataupun boleh saja taburkan campuran bahan ini di laluan lipas.
Fungsi gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda pula akan membunuh lipas secara senyap setelah memakannya.
Bila tengok hasil capsicum Fakriyah Hanafi ini memang geram. Montel buahnya dan subur walau tanam dalam pasu.
Bagi yang nak cuba tanam, beliau kongsi cara yang dilakukan.
Cara tanam capsicum, benih ambil dari buah segar
1. Beli capsicum segar di pasar, ambil bijinya (boleh rendam semalaman dan ambil biji yang tenggelam saja). Beli buah merah, jika nak hasil capsicum merah dan sebaliknya.
2. Lepas biji benih dalam bekas yang dialas dengan tisu. Saya letak tepi singki dapur saja. Periksa tisu kalau kering sembur air sikit. Tunggu hingga biji benih bercambah.
3. Bila dah bercambah, nampak ekor putih saya masuk dalam tray semaian atau pasu kecil. Siram dua kali sehari.
4. Bila dah ada 3-4 helai daun boleh alih ke pasu.
5. Saya guna tanah yang beli di nursery 6 in 1 tapi tambah dengan tanah yang harganya RM2.50 1 beg.
6. Penggunaan baja, masa sedia tanah, saya campurkan juga dengan tinja kambing. Bila dah naik pokok baru guna baja TPF dan baja sembur.
7. Bila buah sebesar syiling 50 sen balut buah untuk elak serangga perosak.
8. Capsicum ini saya tanam dalam pasu dan letak tepi rumah tapi masih kena cahaya, bila hujan kena tempias saja.
Dah beli durian ramai yang terfikir untuk tanam sendiri bila melihat bijinya. Kalau ada laman yang luas apa salahnya tanam sendiri.
Tapi macam mana sebenarnya nak cambah benih durian ini? Untuk yang berhajat untuk tanam sendiri durian dari awal, ini yang perlu dilakukan.
Selepas makan durian, kumpul bijinya dan basuh bersih.
2. Kemudian rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Air tak perlu banyak sangat. Cukup untuk tenggelamkan biji.
3. Selepas 2 hari tos air, dan lihat biji durian tadi. Biji yang sesuai ditanam adalah yang timbul tunas akar.
4. Atau boleh juga rendam biji durian selama satu malam dan keesokan harinya keluarkan air.
5. Letak biji tadi dalam bekas dan tutup dengan tisu. Simpan di tempat yang redup selama satu hari.
6. Selepas sehari biji durian akan keluar tunas. Semai biji yang bertunas ini.
Cara semai
Letak biji bertunas tadi di dalam polibeg berisi cocopeat. Pastikan tunas akar menghala ke bawah atau ke tanah. Boleh juga cucuk sedikit bahagian bertunas ke tanah. Tak perlu dalam.
Siram dan jangan biar tanah kering.
Tunas akar akan masuk ke tanah dan seterusnya akan naik batang dan daun.
Cara ini anak benih pokok durian lebih berpotensi untuk tumbuh dengan cepat.