Buat Sendiri Laksa Johor, Kuah Kena Pekat Makan Guna Tangan Baru Feel!

Share

Nak cari orang menjual laksa Johor yang sedap memang jarang jumpa, kecuali dibuat sendiri.

Kalau teringin boleh cuba masak sendiri ikut perkongsian Nurha Muhammad. Laksa Johor kuahnya kena pekat, bila makan guna tangan baru feel.

Cara buat laksa Johor

Laksa johor adalah sejenis hidangan yang unik sebab menggunakan spagetti sebagai laksa. Kali ini saya ingin berkongsi resepi laksa johor yang sangat sesuai dijadikan hidangan ketika hari raya ini.

BAHAN-BAHAN : 
1 paket Spaghetti jenama Balducci no 4. Rebus hingga lembut, bilas & toskan. Kemudian chap @ bentukkan seperti no 8.

BAHAN A :
700g ikan parang (rebus & asingkan isi)
2 sudu makan udang kering ( rendam sekejap)
Sedikit isi ikan kurau masin (rendam)
10ekor udang basah
Bahan di atas dikisar & ketepikan.

BAHAN B :
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
2 batang serai
Bahan atas dikisar hingga halus

BAHAN LAIN
200ml santan pekat
1 paket kerisik
2 paket kecil rempah kari ikan
2 asam keping
Garam, gula & perasa secukupnya

Bahan hiasan/ ulaman :-
Limau kasturi di belah dan dibuang biji
Timun hiris membulat
Taugeh
Bawang besar hiris
Daun kesum hiris
Bunga Kantan hiris
Lobak asin halus
Sambal belacan
Daun selasih

Cara buat kuah laksa

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.

2. Bila rempah dah garing, masukkan rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.

3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah dikisar.

3. Masukkan asam keping dan tambah air secukupnya. Jangan terlalu cair sebab sebab laksa Johor original makan dengan tangan. Masak hingga mendidih & pekat.

4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air.

5. Masukkan garam, gula dan sedikit serbuk Ajinomoto.

6. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam.

8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam ulaman yang dihirisan dan hiasannya.

Selamat mencuba.

Sumber: Nurha Muhammad

Published by
VK