Bagi yang memelihara kucing di rumah, litter box atau tandas kucing ini kenalah ada. Cuma kalau beli harganya paling murah lebih kurang RM60. Jika ada banyak anak bulus kenalah sedia lebih dari satu.
Tapi kalau nak kurangkan kos boleh juga buat sendiri. Lagi jimat terutama untuk yang pelihara banyak ekor kucing di rumah.
Cara bajet boleh gunakan bekas plastik atau storage box yang banyak dijual untuk buat litter box ini. Harga storage box ini boleh dapat dalam RM20 atau lebih murah. Cara membuatnya dikongsi oleh Nadz Qholed Mokhtar.
Buat sendiri tempat popo anak bulus bajet
Nak kongsi sedikit cara buat tempat popo yang bermodal bawah RM100… Nak beli yang mahal takde kemampuan makanya inilah cetusan untuk anak-anak bulus popo tanpa bau yang kuat.
Ads
Caranya;
1. Sediakan storage tong 75ml, boleh cari di supermarket atau pun kedai barang plastik.
2. Ukur ketinggian untuk buat pintu dan bahagian bawah agar pasir tak melimpah 4-5cm dari bawah. Nak buat bentuk curve pun boleh. Saya buat yang mudah.
Ads
3. Bakar pisau di bahagian hujung dan cucuk pada bahagian yang ditanda bagi memudahkan gergaji kecil masuk. Kemudian boleh gergaji untuk buat pintu. Boleh juga letak sellotape bahagian yang digergaji supaya tak tajam.
Ads
4. Dah siap pintudan boleh letak pasir. Siap!
TIP: Bagi elak bau gergaji letak arang di penjuru bekas untuk serap bau atau boleh beli ubat gegat yang ada pelbagai bau kat kedai Eco.
Pejam celik, kita dah memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadan dan seharusnya ia menjadi malam pecutan untuk kita melakukan ibadah.
Walau pun ramai kaum wanita terasa lebih penat pada bulan Ramadan ini namun pada malam-malam terakhir ini ketepikanlah perasaan itu. Jangan jadikan penat sebagai alasan dan penghalang kita meraih ganjaran istimewa yang ditawarkan Allah SWT.
Pada 10 malam terakhir ini Allah s.w.t menjanjikan akan hadir satu malam istimewa iaitu ‘Lailatul Qadar’; malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya untuk memaksimumkan amal ibadah dalam malam-malam terakhir ramadan dengan sebaik-baiknya. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata;
“Adalah Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, suatu hal yang beliau tidak bersungguh-sungguh (seperti itu) di luar (malam) tersebut.”
Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah;
1. Berqiamulail
Berqiamulail adalah dengan mendirikan solat malam dan mengisi malam hari dengan pelabagai ibadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”
2. Membaca Al Quran
Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, selain terdapat keutamaan dalam membacanya, bulan Ramadan juga adalah bulan yang turunnya al Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah; “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.” Surah al Baqarah:185
Setiap umat Islam mestilah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al Quran sebagai panduan hidup.
3. Beriktikaf
Itikaf bermaksud berdiam di masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan.
Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beritikaf pada sepuluh malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”
4. Banyak berdoa
Doa adalah ibadah yang juga merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri-ciri orang yang soleh.
Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyaknya pada 10 malam terakhir Ramadan. Firman Allah;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah al-Baqarah:186
5. Banyak beristighfar dan bertaubat
Dalam melalui 10 malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut. Allah s.w.t berfirman;
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.” Surah an-Nur:31
6. Mengerjakan umrah
Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda; “Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”
7. Kurangkan tidur pada 10 malam terakhir
Baginda Rasulullah s.a.w banyak menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan pelbagai ibadah. Diriwayatkan dari Aisyah berkata; “Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.” Hadis Riwayat Imam muslim
8. Membantu keluarga untuk beramal soleh
Dalam hadis Abu Dzar bahawa; Baginda s.a.w melaksanakan solat malam bersama kaum muslimin pada malam 23 dan 25.
Disebutkan juga Baginda s.a.w mengajak kaum keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Baginda bersungguh-sungguh membangunkan mereka di malam-malam ganjil yang diharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
Sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t yang tentang istimewanya malam Lailatul Qadar. Bukan itu sahaja, banyakkanlah ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.
Roti kukus atau roti bakar makan dengan kaya pandan memang best. Makan pulak waktu panas-panas.
Selalu makan di kopitiam macam ni kan! Kali ini apa kata buat sendiri kaya pandan dan makan sendiri di rumah. Makan sampai puas tanpa perlu bayar mahal.
Cara membuat kaya pandan ini dikongsi oleh Fazelina Isa. Cara membuatnya mudah dan manis pun boleh dikurangkan jika mahu.
Cara buat kaya pandan homemade
Bahan-bahan:
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar dan tapis)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (saya letak buat 3/4 saja)
1 kotak santan 200g
2 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak
Cara membuat:
Masuk semua bahan dalam periuk kecil.
Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat.
Bila dah nampak berkilat boleh tutup api.
Boleh terus sapu pada roti dan makan.
Buat banyak boleh simpan dalam peti sejuk, boleh makan bila-bila masa
Selamat mencuba!
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI