Buat Sendiri Makanan Kucing, Gaul 3 Bahan Ini. Hasilnya Memang Sihat & Gebu Belaka

Share

 

Bagi yang memelihara kucing semestinya mahukan anak bulus dalam keadaan sihat, bulu lebat, kembang dan gemuk. Barulah sedap nak membelai.

Tapi kalau lihat kucing di rumah kita sebaliknya, jangan kecewa. Ada saja cara untuk menggemukkan anak bulus-anak bulus kita.

Boleh ikut perkongsian Irene Audrey Amber . Dia menggunakan tiga bahan ini sebagai makanan tambahan untuk kucingnya untuk menggemukkan mereka.

Cara saya menggemukkan bulus-bulus ku

Seminggu 2-3 kali saya akan memberikan makanan ini.
Dry food tak beri yg mahal. Saya beri brand happy cat saja. RM16/kg.
Langsung tak bagi supplement bagai.

Cuma berikan hidangan ini :

Labu – direbus
Isi ayam – direbus
kuning telur mentah

Cara penyediaan : Gaulkan tiga bahan ini dan beri pada kucing 2-3 kali seminggu.

Khasiat kuning telur pada kucing

Kuning telur mengandungi Vitamin B12, zat besi dan Vitamin D. Khasiat ini membantu mencantikkan bulu kucing, mempercepatkan proses kucing gemuk dan merawat penyakit kucing.

Tapi pastikan tidak diberi dengan banyak, bukan cepat gemuk bimbang kucing boleh muntah.

Sumber:Irene Audrey Amber

Published by
VK