
Manggo Shake ini memang banyak dijual sekarang dan harganya pun boleh tahan. Paling murah RM5.
Jika nak minum satu famili rasanya lebih baik buat sendiri. Lagi jimat dan boleh letak ekstra mangga untuk lebih sedap.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Norliza Razali
Resipi Simple Mango Shake
Bahan-bahan:
Susu segar (wajib)
Mangga masak (lebihkan untuk lebih sedap dan kisar)
Mangga- potong dadu
Air
Susu pekat
Susu cair
Ais krim vanilla
Ais secukupnya
Sunquick perisa mangga
Cara buat mango shake
1.Kisar semua bahan dan sesuaikan rasa masam manis & lemak. Masukkan dalam gelas.
Hidang dengan buah mangga potong.
2. Letak aiskrim vanilla.
3. Siap untuk diminum.
Selamat mencuba.
Sumber: Norliza Razali
Buat Satu Adunan Ini Dapat Cakoi & Donut, Mudah Kerja!

Isi Kandungan
ToggleAlang-alang nak buat donat, buat cakoi sekali sebab boleh guna satu adunan saja. Cara membuatnya dikongsi oleh Sal SY, selain itu beliau turut berkongsi cara membuat kaya pandan untuk dimakan bersama cakoi.
Cara buat cakoi & donut guna satu adunan
Bahan-bahan:
250 gm tepung high protein / tepung gandum
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla powder
2 sudu besar gula
1 biji telur – jika mahu
1 sudu kecil pelembut cream super – jika mahu
Secubit garam
Air setengah cawan
Cara membuat:
1. Suamkan air masukkan yis kemudian tunggu hingga berbuih.
2. Apabila dah berbuih tuang ke dalam bahan kering, gaul sebatikan masukkan marjerin uli hingga doh licin.
3. Perapkan doh (kalau nak cepat boleh masuk doh dalam oven panaskan kejap dan matikan suis. 11 minit saja doh kembang dengan jayanya).
4. Bila doh dah kembang untuk buat cakoi, tabur tepung dan canai doh dengan penggelek. Gelek hingga doh nipis potong doh jadi empat segi.
5. Potong banyak-banyak panjang dalam 3 inci dan selebar 2 jari.
6. Basahkan jari sapu pada doh ambik satu lagi doh dan tekap dengan doh yang disapu air. Tekan dengan lidi secara memanjang.
7. Dah siap kesemuanya dan susun, tunggu kembang sekejap dalam 15 minit.
8. Apabila dah kembang, boleh panaskan minyak. Sebelum masuk dalam minyak pegang doh kedua-dua hujung dan tarik hujung doh kiri dan kanan tarik sikit supaya panjang. Terus goreng hingga kekuningan.
Doh yang sama boleh bentukkan jadi donut pula.
Cara buat sekaya pandan
Bahan-bahan
3 sudu besar tepung kastad
6 sudu besar gula
1 kuning telur
Air setengah cawan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 helai daun pandan
Cara membuat:
Masukkan semua dalam blander blend hingga lumat. Kemudian tapis.
2. Masak atas api perlahan hingga likat.
3. Jika apabila kaya sejuk dan likat sangat masukkan dalam blender dan tambah sedikit air panas. Blend sekali lagi supaya tak pekat dan tak cair sangat. Baru sedap makan.
Selamat mencuba
Sumber: Sal SY
Jangan Cabut Pisau! Lakukan 7 Langkah Ini Jika Tertusuk Objek Tajam

Isi Kandungan
Toggle
Kejadian seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tertusuk pisau di rumahnya di tak lama dulu membuat ramai ngilu tatkala membaca berita ini.
Sungguhpun sedih tapi ibu bapa lain diharap mendapat pengajaran daripada kejadian ini agar alatan tajam ini tak dibiarkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Satu lagi info yang perlu kita tahu, apa yang perlu kita lakukan jika keadaan begini berlaku kepada ahli keluarga kita. Betulkah tindakan nenek itu mencabut pisau yang tertusuk atau langkah sebaliknya perlu kita ambil.
Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini sangat berguna buat kita.
Dilarang cabut pisau jika tertusuk pada anggota
Ya, saya ada baca kes kanak-kanak berumur 2 tahun yang tertusuk pisau itu, gara-gara panik, neneknya mencabut pisau yang tersusuk dan akibatnya berlaku keadaan kehilangan nyawa.
Takziah saya ucapkan.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititik beratkan dirumah. Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah di mana-mana. Seperti kes ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan diatas lantai. Kita sebagai ibu bapa perlu kerap menasihati anak cara mengendalikan objek tajam dan simpanan yang betul.
Sebab
Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?
Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku. Salur darah mana yang dah tercedera pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terkena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan darah.
Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa.
Langkah yang perlu diambil
Jadi, disini jika berlaku kecederaan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?
Rawatan awal untuk elak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:
1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.
2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.
3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.
4. Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
6. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.
Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.
#BelNawhen
Jururawat Anda.
Sumber: Ben Nawhen
Cara Buat Bakso Homemade, Resipi Original Dari Seberang. Sambalnya Pedas Padu!

Isi Kandungan
ToggleSelain mi atau bihun sup, hidangan bakso juga biasa kita nikmati. Lagi sedap kalau dapat sambalnya yang pedas dan banyak bebola dagingnya. Memang kenyang.
Kalau anda antara penggemar bakso, eloknya juga belajar buat sendiri bakso ikut resipi ini original daripada seberang ini, perkongsian Fara Amirullah.
Bahan sup bakso
Bawang besar – 2 biji
Garlic in olive oil – 2 sudu makan
Halia 2 inci
Lada hitam 1 sudu makan
Cara membuat:
- Kisar halus semua bahan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masukkan 2,3 helai bay leaf.
- Dah naik bau masukkan air (ikut cita rasa). Saya masukkan 3 jag pengisar. Letakkan juga garam sedikit. Sup bakso ni tak perlu masak sedap-sedap sebab nanti kita akan seimbangkan rasanya dengan kicap, sos and sambal bakso.
Bahan untuk bebola daging bakso
Daging kisar – 250gm
Tepung ubi – 3 sudu makan
Garlic in olive oil – 1 sudu makan
Lada putih – 1/2 sudu makan
Putih telur – 1 biji
Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Kisar ke semua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk and uli. Bentukkan.
- Nak senang pakai senduk spagetti. Tekan adunan daging yang dah diuli pada lubang tengah kemudian sudu kan bebola yang terbentuk itu terus ke dalam sup. Senang mudah ringkas!
- Masak sampai daging empuk. Rupa daging memang tak cantik, itu menandakan daging betul-betul lembut tak banyak tepung. Bebola bakso jangan banyakkan tepung, tak sedap!
- Kalau malas nak uli, boleh beli bebola bakso yang dah siap. Tuang terus dalam sup.
Bahan bambal bakso
Cili api – 20 batang
Cili padi – 10 batang
Cili kering – 5 batang
Bawang putih – 2 ulas
Apple cider – 1/2 sudu makan
Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Kisar halus semua bahan.
- Awasnya cili ini pedas gila! Kalau tak tahan pedas kurangkan kuantiti cili.
Sambal bakso
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Bihun
Celur bihun dgn air panas sekejap and toskan. Kalau nak pakai mee pun boleh.
Bahan sos
Sos cili
Kicap (patutnya pakai kicap pekat)
Cara penyediaan bakso
Satukan bahan di dalam mangkuk, sesuaikan rasa sos cili, kicap and sambal. 3 bahan ni yang penting dalam bakso.
Sedapnya!
Sumber: Fara Amirullah