Mexican bun ini memang ramai peminat. Kalau lalu depan kiosk roti ini mesti terjebak beli sebab baunya yang harum. Jika ramai dalam keluarga yang suka, elok kita belajar buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Amy Akim ini.
Buat sendiri Mexican Bun
Bahan roti :
300gram atau 3 cawan tepung gandum
70gram gula
30gram marjerin
Sebiji telur
1 sudu besar mauripan
150ml susu segar
Esen vanila
Secubit garam
Salted Butter atau Buttercup (untuk inti)
Bahan topping :
50gram tepung gandum
40gram gula
60gram marjerin
Sebiji telur
2 sudu besar Nescafe dan air suam (sekadar boleh larut)
Esen vanila
Cara membuat:
1. Campurkan yis atau mauripan dengan susu segar dan gula. Biarkan dalam 10 minit.
Ads
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin gaul sampai jadi macam serbuk roti. Kemudian masukkan telur, secubit garam & esen vanila.
3. Masukkan bancuhan yis/mauripan tadi. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Tambah tepung sikit demi sikit kalau adunan lembik. Uli doh dalam 10 minit. Lagi lama uli lagi lembut doh roti.
4. Tutup doh dengan kain yang lembap. Boleh guna napkin juga. Perap doh selama 1 jam.
5. Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin.
Ads
6. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Buat 50gram untuk setiap doh, boleh dapat 13 biji roti.
7. Masukkan butter dalam doh jadikan inti roti dan bulat-bulatkan. Letak atas baking tray yang disapu marjerin. Tutup dan biarkan dalam 10 minit.
8. Sementara itu boleh sediakan topping. Kisar marjerin dan gula, kemudian baru masukkan bahan-bahan lain. Akhir sekali baru masukkan tepung. Blend sebati. Masukkan dalam piping beg.
9. Buat lingkaran topping dari tengah roti. Cukup topping bahagian atas tak perlu sampai bawah sebab topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.
Ads
10. Panaskan oven dalam 10 minit, baru bakar roti guna api atas dan bawah dengan suhu 170°c selama 20 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.
Hasilnya
Selamat mencuba.
Layari laman web VANILLA KISMIS untuk pelbagai tip dan info berguna termasuk masakan.
Bukan saja boleh letak dalam bilik, jika kita selalu kena menunggu lama dalam kereta pun boleh gunakan alat ini. Tak perlulah hidupkan enjin kereta dan aircond.
Portable air cond ini boleh berfungsi mengguna kabel biasa yang disambungkan pada laptop, powerbank atau terus pada suis.
Sesuai untuk simpan di rumah untuk digunakan bila waktu black out, takdelah kita panas sampai tak boleh tidur.
Boleh juga guna di pejabat kalau suasana panas.
NOTA:
Tapi janganlah harapkan alat kecil akan sejukkan satu ruang macam aircond yang besar tu, fungsinya hanya untuk sejukkan tubuh kita.
Cara gunakan
1. Letakkan air dalam takungan di bahagian atas, kemudian sambungkan kabel untuk hidupkannya. Kalau nak lagi sejuk, guna air sejuk dari dalam peti ais.
2. Satu lagi cara untuk dapatkan udara lebih sejuk, alat ini ada span filter, basahkan dan sejukkan span ini dalam freezer kemudian pasangkan kembali. Memang sejuklah udara yang keluar.
3. Kekuatan udara yang keluar dari alat ini juga boleh dilaraskan. Ada 3 tahap jadi boleh pilih nak sejuk tahap mana.
Siap ada lampu, tiga warna lagi.
Musim panas macam sekarang ini wajib ada alat ini. Rasanya daripada guna kipas kecil tu baik pakai yang ini.
Sekarang musim durian, harga pun dah semakin murah. Tapi durian jenis Musang King atau Mao Shan Wang harganya tetap juga mahal.
Sebiji boleh mencecah RM100 malah lebih pada bukan musim. Walau begitu peminatnya tetap ada dan sanggup membelinya.
Disebabkan harga yang mahal maka sebelum membeli wajiblah tahu ciri durian Musang King ini. Takut nanti tertipu. Terutama bagi yang baru nak rasa dan belum mahir tentang ciri durian jenis ini.
1. Duri bentuk piramid
Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.
2. Bentuk buah bujur
Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi ( ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.
3. Tapak sulaiman
Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.
4. Tidak berduri di pangkal
Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.
5. Warna isi kuning kunyit
Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.
Selalu sardin dalam tin kita buat sambal saja tapi nak rasa yang berbeza boleh cuba buat masak lemak cili api.
Mungkin ada yang dah biasa masak, tapi ramai juga yang langsung tak pernah cuba lauk sardin tin ini dimasak begini. Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Namun setelah mencuba ternyata lauk ini katanya tersangatlah sedap, lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas.
Sardin tin buat masak lemak cili padi
“Ini pertama kali buat sardin tin masak lemak cili padi. Sebelum ini cuma tengok kawan masak. Tapi bila dah try 3 pinggan nasi selesai. Lagi pedas lagi sedap. Ini resipi bagi yang pertama kali nak cuba.”
Bahan kisar
Kunyit hidup
Cili api (letak lebih kalau suka pedas menyengat)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan lain
1 tin sardin sos tomato
Kentang – dipotong
Kacang panjang -dipotong
1 batang serai diketuk
Santan secukupnya
Cara membuat
1. Dalam periuk atau kuali tuang sedikit air dan letak bahan kisar
2. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.
3. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.
4. Kemudian bolehlah masukkan sardin tin bersama sosnya sekali.
5. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa, dan kacau.
6. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Biarkan dalam dua minit dah boleh tutup api.
INFO: Masak lemak cili api asli Negeri Sembilan tak menggunakan bawang. Hanya gunakan cili api dan kunyit.
Tengok tembikai merah dan kuning menyerlah macam ni memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan tu tanam sendiri.Kalau nak tahu tanam tembikai...