Dah selesai masak mi kuning tapi bila makan rasa kapur. Memang spoil! Ini perkara biasa bila kita beli mi kuning yang dijual di kedai. Itu belum masuk lagi penggunaan pengawet.
Kalau dah bosan dengan rasa kapur dan bimbang dengan kesan pengawet jalan terbaik untuk terus menikmati mi kuning yang jadi kegemaran ramai ini adalah dengan menghasilkannya sendiri.
Baru selesai menghasilkan 6 KG mi yang dibuat sendiri. Tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.
Bahan-bahannya
Ads
1 kg tepung gandum 2 biji telur 1/2 sudu makan garam Pewarna kuning 1 gelas air (air agak-agak kalau keras tambah sedikit demi sedikit, adunan jangan lembik)
* 1 kg tepung gandum akan dapat 2 KG mi
Cara buat
1. Masukkan tepung dalam besen.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Tuangkan ke dalam tepung. Masukkan pewarna kuning, gaulkan sekata. Kemudian masukkan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit.
Ads
3. Uli hingga sekata, pastikan adunan tidak lembik. Bulatkan doh dan leperkan.
4. Leperkan doh menggunakan mesin mi. Sesuaikan ketebalan dari tebal ke nipis berulang kali. Mesin saya guna no. 7, berbeza ikut mesin.
5. Selepas doh nipis sapukan tepung di pemukaan doh. Kemudian masukkan kembali ke dalam mesin mi untuk memotong. Alas mi guna tudung periuk.
Ads
6. Panaskan air hingga mendidih dan letakkan sedikit minyak masak.
7. Masak seketika mi itu. Agak-agak mi timbul itu tanda mi sudah masak.
8. Angkat dan toskan, kemudian titiskan sedikit minyak supaya mi tidak melekat.
9. Bolehlah buat macam-macam resipi mi. Selamat mencuba.
Tengah panas, dapat makan kelapa jeli mememang sejuk tekak. Bukan anak-anak saja suka kita yang dewasa pun sama.
Jika selalu beli di kedai makan, kali ini cuba buat sendiri sebab nak membuatnya semudah ABC. Kalau di rumah ada banyak pokok kelapa kelapa jeli ini boleh buat berniaga pula.
Boleh ikut resipi kelapa jeli yang dikongsi oleh Nora Atikah ini.
Buat kelapa jeli semudah ABC
Bahan-bahan:
10 biji kelapa muda ambil airnya
3000 ml air
Sepaket serbuk Jeli Kelapa
2 senduk gula
Bekas kecil
Isi Kelapa – dihiris
Cara membuat
1. Didihkan air Kelapa bersama air 3000ml (saya guna 3000 ml air kelapa tak campur air).
2. Masukkan gula 2 senduk, biar gula larut.
3. Gula dah larut masuk sepaket serbuk jeli kelapa.
4. Masak hingga mendidih kemudian terus tutup api.
5. Sediakan bekas kecil, letak siap-siap isi kelapa yang dihiris. Tuang air kelapa tadi.
6. Biarkan sejuk kemudian tutup bekas. Simpan dalam peti ais semalaman. Esok bolehlah di makan waktu tengah hari yang panas. Memang sedap!
Berbahagialah mereka yang ada dusun durian pada waktu musim raja buah ini. Nak makan senang, boleh jual lagi.
Tapi ada juga yang menanam pokok durian tapi tak menjadi. Jadi macam mana nak buat supaya musim akan datang buahnya jadi lebat.
Anda mungkin boleh ikut petua yang dipraktikkan oleh petani Thailand yang dikongsi oleh Sifudurian. Petua ini bukan saja untuk lebatkan buah dari pokok durian tapi juga pokok buah-buahan lain.
Petua lebatkan pokok buah termasuk durian
Hari ini saya dapat satu petua bagaimana nak LEBATKAN tanaman seperti durian, limau, nangka, mangga dan lain-lain daripada seorang petani Thailand.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
2 kilo telur ayam
2 kilo Gula Perang
1 biji ragi tapai
1 botol minuman Yakult
2 kotak susu segar
2 biji air kelapa muda
Cara membuatnya:
1. Kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus mengunakan pengisar kering. Adun semua bahan ini bersama di dalam 1 besen.
2. Peram selama 15 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Selepas 15 hari, saringkan kisaran tadi untuk mengambil pati air perapan
3. Asingkan daun daun yang terlalu tua pada pokok yang akan disembur. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan sembur pada permukaan daun sekali dalam seminggu, kalau mahu kesan lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...