Sebelum bercucuk tanam walaupun secara kecil-kecilan di rumah sebaiknya kita rawat dulu tanah batas atau tanah dalam pasu yang hendak digunakan.
Ini antara persediaan penting supaya pokok tumbuh subur. Caranya boleh dengan menggunakan baja organik ataupun sisa dapur.
Tapi selain itu ada lagi satu cara tanpa penggunaaan bahan kimia yang boleh kita praktikkan untuk merawat tanah iaitu dengan menggunakan teknik soil solarization. Cara ini tanah dirawat hanya dengan menutupnya dengan plastik saja.
Kelebihan kaedah ini ia turut berkesan untuk mematikan benih-benih rumput rumpai, bakteria dan serangga yang mungkin boleh merosakkan pokok. Teknik ini dikongsi oleh Harun Arun.
Teknik rawat tanah sungkup plastik
Soil solarization, ialah satu kaedah rawatan tanah tanpa bahan kimia, kaedah terakhir kalau dah takda cara lain.
Kaedah ini berkesan untuk mematikan segala benih-benih rumput-rumpai, serangga, telur,larva, bakteria dan mengawal populasi root-knot nematodes, grubs(ulat kekek), soil borne pathogens(penyakit bawaan tanah macam layu fusarium,layu verticillium,phytophtora root,rot/ busuk akar,busuk batang,crown gall,southern blight/hawar).
Radiant energy dari matahari yang terperangkap dibawah plastik akan memanaskan tanah pada suhu yang cukup tinggi & akan mematikan semua soil microorganisms dalam tanah.
Keberkesanannya paling tinggi pada tanah yang kedalaman 6-12 inci.
Lebih pada 18 inci kurang berkesan sebab mikroorganisma mungkin akan menyusup jauh kedalam tanah atau lari kebahagian tanah yang tak tutup dengan plastik.
Tanah dalam container (polibeg atau pasu) terutama tanah recycle keberkesanannya boleh dikatakan 100% sebab tiada contact secara langsung dengan tanah pada bumi. Tanah dalam raised bed/kepok atau batas tak dapat lah 100% sebab ada contact terus dengan tanah bumi, tapi dapatlah mengurangkan populasi.
Caranya;
1. Bersihkan & gemburkan tanah,buang segala akar-akar & batang reput.
2. Basahkan tanah supaya cukup lembap tapi tak terlampau lembap (wet soil conducts heat better than dry soil).
3. Tutup tanah dengan plastik. Jangan bagi ada ruang udara masuk, boleh alas dengan tanah pada bahagian hujung plastik (plastik jenis lutsinar lebih efektif dari plastik hitam).
4. Biarkan 4-6 minggu.
5. Selepas tempoh itu boleh mulakan tanam balik, tapi jangan lupa masukkan/gantikan balik dengan organisma baik, atau letak kompos ataupun siram dengan mol/em/imo.
Biasanya kalau tanam serai tak kira di kawasan khas atau dalam pasu, kita akan ambil dua tiga batang serai kemudian terus tanam.
Cara sebegini agak merugikan kerana keseluruhan serai ditanam dan tak boleh digunakan untuk memasak.
Ha…sebenarnya ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menanam serai. 3 langkah saja, dari sebatang serai boleh dibuat masak dan juga untuk ditanam. Berbaloikan!
1. Ambil serai dan potong bahagian bawah (gambar) kemudian rendam dalam sedikit air. Bahagian atas bolehlah digunakan untuk memasak.
2. Bahagian bawah yang dipotong dan direndam itu akan tumbuh akar baru (seperti dalam gambar) dalam masa dua atau tiga hari.
3. Bila pucuk tumbuh bolehlah terus ditanam dalam pasu atau di halaman rumah. Dalam pada itu mengikut panduan, serai yang baru ditanam perlu disiram sehari sekali, selama tujuh hari selepas ditanam.
Sayur kobis memang banyak saja dijual tapi bagi yang suka bercucuk tanam merasa hasil tanaman sendiri adalah satu kepuasan dan kejayaan.
Lagi satu bercucuk tanam ini satu terapi termasuklah tanam kobis yang kalau kita tengok saiznya besar dan cantik.
Jadi macam mana nak tanam? Jom ikut panduan yang diturunkan oleh Halimah Abd Kadir.
Ilmu tanam kobis
Kobis ni tanaman yang manja dan perlu dibelai selalu, macam suami kita jugak. Kalau dah mula tanam, kena siram pagi petang, gemburkan tanah setiap 2 hari, bubuh baja setiap 2 minggu.
Musuh utamanya siput dan belalang yang ni memang kena periksa selalu, kalau tidak, memang berlubang-lubanglah daunnya. Nak tahu cara tanamnya? Saya kongsikan ya.
1. Seperti biasa semai dulu benih kobis. Dah ada daun 4 helai baru pindah ke pasu besar. Kenapa mesti guna pasu besar?
Sebab kobis akan ikut saiz pasu, besar pasunya, besarlah buahnya.
2. Sebelum itu nak ingatkan lubang pasu perlu ditutup dengan kaca pecah atau batu supaya bila tanah dah padat, air masih dapat mengalir keluar dari celah-celah lubang pasu yang ditutup dengan kaca tadi.
3. Mulakan tanam dari dasar pasu. Letak tanah sikit kemudiaan tanam. Bila nampak dah tinggi sikit, tambah tanah lagi separas leher daun. Anak kobis perlu letak di tempat teduh dulu tau. Nanti bila daunnya dah banyak, baru boleh letak tempat sederhana panas.
4. Letak baja 15 15 15 atau Milagro. Alhamdulillah, saya guna baja Milagro saja sebab baja nii inn syaa Allah jenis tahan lasak sebab pokok kurang kena penyakit. Itu pengalaman saja menggunakannya hampir setahunlah.
5. Ok, bila nampak anak kobis dah tinggi dalam 2cm, kita tambah tanah lagi separas leher daun. Ulang proses yang sama, sampai kobis dah melebihi paras pasu. Dah besar gini, bolehlah letak kat tempat panas ya.
INFO
Kesilapan banyak berlaku bila newbie membiarkan pokok kobis tinggi menjulang. Tolong jangan lakukan ini! Sebab jika dibiarkan tinggi, bagaimana pokoknya nak tampung berat kobis.