Menu nasi ayam geprek ini kita selalu makan di restoren. Padahal nak buatnya mudah saja. Bahan pun tak banyak, lauknya cuma ayam dan sambal.
Yang penting dalam menu ini adalah sambalnya, cuma kalau makan di restoren pedasnya selalu melahar. Tak sesuai untuk anak kecil dan ada juga perut jenis tak tahan pedas.
Bila buat di rumah kita boleh adjust tahap kepedasannya. Nak versi kurang pedas boleh ikut resipi yang dikongsi Rodziah Zaharin. Nak pedas tambah saja cili api tu.
Cara buat ayam dan sambal geprek
1. Gaul ayam dengan 1 atau 2 biji telur. Kemudian gaul ayam tadi dalam tepung Bestari Spicy. Goreng guna api sederhana.
2. Siap goreng.
3. Cara buat sambal geprek. Ini bahannya:
6 biji cili merah besar
4 biji cili padi hijau
2 biji cili padi merah
1 1/2 biji bawang besar/bawang merah
4 biji bawang putih
1 biji limau nipis
4. Goreng bahan sambal kecuali limau dalam minyak panas selama 3 -4 minit. Tos bahan digoreng.
5. Masukkan dalam lesung batu bersama 2 sudu gula, 1 sudu garam. Tumbuk separuh lumat.
6. Perah 1 biji limau nipis.
7. Masukkan cuka 1 sudu kecil.
8. Masukkan minyak menggoreng tadi sebanyak 1-1 1/2 sudu. Masuk serbuk perasa jika suka kemudian gaul rata. Siap!
Boleh hidang dengan nasi dan ayam goreng tadi. Boleh tambah dengan timun, tauhu atau tempe goreng.
Sumber: Rodziah Zaharin
Jangan Salah Makan, Kenali Jenis Panadol Yang Sesuai Dengan Pening Atau Kesakitan Yang Kita Alami
Pening kepala saja, kita mesti akan beli Panadol untuk redakannya. Tapi apa yang ramai tak tahu Panadol itu sendiri adal banyak jenis dan berbeza fungsinya.
Dikhuatiri jika tersalah makan Panadol, dan tidak mengikut dos yang sebetulnya, akan berlaku kesan sampingan pada diri.
Info dari Zaith Pharmacy
ini mungkin boleh membantu mencari jenis Panadol yang betul untuk kesakitan yang dialami.
Bang, apa beza panadol ni dengan yg tu?”
Haa…jawab. Semua ada paracetamol (PCM), kenapa namanya lain-lain?
…
PANADOL ACTIFAST
•Terkenal, tetapi ramai tidak tahu kenapa ianya lebih pantas berkesan berbanding yang biasa.
• Ianya menggunakan sodium sebagai salah satu exipient untuk meningkatkan pergerakan paracetamol dari perut ke usus kecil (bahagian utama PCM akan diserap).
• Jadi, bila lagi cepat PCM dapat tiba di usus kecil, lebih cepat ianya dapat diserap dan mencapai paras terapeutik yang diperlukan.
• Harus diingat, untuk mencapai kecepatan tersebut, ianya memerlukan dua kaplet diambil serentak untuk mendapatkan jumlah sodium yang cukup. Kalau ambil satu kaplet sahaja, keberkesanannya tidak jauh beza dengan ambil yang regular.
• Setiap kaplet mengandungi 173mg sodium. So, hati-hati bagi yang mempunyai masalah darah tinggi ya.
PANADOL OPTIZORB
• Ini formulasi baru. Ramai tanya, apa beza dengan Actifast kalau dua-dua pantas keberkesanannya?
• Perbezaannya adalah, formulasi optizorb menggunakan kalsium karbonat dan asid alginik yang akan menguraikan kaplet ini dengan cepat. Maka PCM akan lebih mudah dan cepat diserap.
• Dinyatakan bahawa paras terapeutik seawal 15 minit, berbanding panadol dengan formulasi biasa; 45 minit – 1 jam 15 minit.
• Kelebihannya: pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.
PANADOL EXTRA
• Apa yang extra? Untuk kaplet ini, digabungkan PCM bersama kafein 65mg. Sesuai untuk kes migrain atau kesakitan yang lebih kuat.
• Dinyatakan bahawa kafein berupaya untuk meningkatkan keupayaan analgesik (menahan sakit) yang ada. Tetapi ada beberapa kajian yang meragui keberkesanannya.
• Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan yang mengandung. Begitu juga pengambilan kafein melebihi 300mg oleh ibu yang menyusu boleh menyebabkan gangguan tidur kepada anak susuan.
• Maka, kita tidak galakkan pemberiannya kepada ibu yang mengandung dan menyusu badan.
PANADOL EXTEND
• Kelebihannya adalah kesannya bertahan lebih lama (8 jam) daripada lain-lain produk Panadol (4-6 jam).
• Mempunyai dua lapisan yang bertindak memanjangkan tempoh penyerapan seterusnya mengekalkan paras terapeutik pada tempoh yang lebih lama.
• Sesuai untuk kesakitan kronik yang mengganggu urusan kerja yang memerlukan penumpuan lebih lama.
PANADOL SOLUBLE
• Biasa digunakan untuk mereka yang susah telan ubat tablet.
• Berkesan, tetapi kandungan sodiumnya yang sangat tinggi (427mg/tab).
•Tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai darah tinggi.
PANADOL MENSTRUAL
• Khusus buat wanita pada tempoh PMS dan semasa awal haid datang.
• Memberikan kelegaan pada senggugut dan gabungan bersama pamabrom 25mg membantu menyingkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa haid.
…
Haa..dah faham? Kalau tahu cara penggunaan, kesakitan yang dirasai lebih berkesan dikawal cukup dengan paracetamol.
Maka, jangan cepat sangat minta ubat tahan sakit jenis NSAID (seperti ibuprofen, voren, naproxen, diclofenac dll.). Risiko untuk perut dan buah pinggang berbagai.
Sumber: Zaith Pharmacy
Air Rendaman Kurma, Cara Berkesan Singkirkan Toksin & Turunkan Berat Badan
Salah satu cara untuk memperoleh tubuh yang sihat sekali gus menurunkan berat badan, ramai yang mengamalkan minum ‘infused water’ atau air untuk detoks.
Pelbagai jenis infused water yang dicedok amalan masyarakat barat. Tapi sebenarnya dalam Islam sendiri infused water ini sudah lama diperkenalkan.
Ia diamalkan terlebih dahulu oleh Nabi Muhammad saw dan dikenali sebagai air nabeez. Ia merupakan air rendaman kurma atau pun kismis.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
Cara membuat air nabeez
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Kelebihan air nabeez
- Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
- Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
- Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Info
- Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
- Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
- Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
- Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Sumber foto : Facebook Kayumanisceylon
6 Spot Dalam Rumah Yang Kotor Tapi Selalu Kita Lupa Abaikan. Guna Tip Ini Untuk Bersihkan!
Ruang tamu, dapur, bilik, bilik air antara ruang yang selalu kita bersihkan tapi ada beberapa lagi spot dalam rumah yang penting tapi kita abaikan pembersihkannya.
Haryati Hossen berkongsi bahagian-bahagian dalam rumah yang perlu dibersihkan dan cara pembersihannya sekali sebab kita buat macam tak nampak walau pun tempat ini kotor.
1. Permukaan berhabuk dalam kabinet
Cara pembersihan: Lap dengan kitchen/microwave wipes dulu. Bersihkan dengan magic sponge dan lap dgn kain microfiber.
Tip : Stok makanan kering simpan dlm storage yg bertutup (utk elak semut dan haiwan lain).
2. Bawah table top
Cara pembersihan: Permukaan berkarat dan berkulat. Tabur Zip dan stain remover, biar dalam beberapa minit. Saya guna waterjet jadi spray terus, tak tunggu.
Tip: Jenguk-jenguj la bahagian ini at least dua minggu sekali untuk tengok ada tak najis haiwan perosak, habuk atau kulat. Lap dengan air paip pun dah ok.
3. Permukaan cermin berkulat
Cara pembersihan: Masa cuci sinki, lap sekali bahagian tingkap. Lap dengan kain & air paip pun dah cukup bersih. Kalau berkulat spray dengan Clorox mold remover, sental dengan span kasar kemudian lap dengan kain microfiber.
Tip : Lap dengan span dan Sunlight atau wet wipes Vinda pada permukaan dapur gas serta dinding setiap kali lepas masak. Lepas tu lap dgn kain basah. Last sekali lap dgn kitchen towel. Jangan lap terus percikan minyak atau sambal dgn kain nanti kain jadi sangat kotor. Boleh lap dulu dengan kitchen towel atau wet wipes.
4. Bahagian dalam drawer
Cara pembersihan: Lap dgn magic sponge dan zip cream. Boleh juga lap dgn kitchen wipes. Keluarkan drawer satu-persatu.
5. Suis
Cara pembersihan : Guna magic sponge dan air. Tak perlu sental kuat, guna tenaga biasa saja.
Tip : Tangan kena sentiasa bersih sebelum tekan suis. Standby wet wipes dan hand sanitizer dalam kereta atau handbag utk bersihkan tangan.
6. Pintu
Tip pembersihan: Lap dengan Magic sponge dan Zip cream cleanser
Tip: Pintu ini ada macam-macam kekotoran, kesan tangan yg kotor, tahi cicak, habuk dan sebagainya jadi kena bersihkan.
Sumber: Haryati Hossen