Buat Sendiri Nasi Ayam Geprek, Versi Sambal Kurang Pedas Supaya Satu Famili Boleh Makan

Share

Menu nasi ayam geprek ini kita selalu makan di restoren. Padahal nak buatnya mudah saja. Bahan pun tak banyak, lauknya cuma ayam dan sambal.

Yang penting dalam menu ini adalah sambalnya, cuma kalau makan di restoren pedasnya selalu melahar. Tak sesuai untuk anak kecil dan ada juga perut jenis tak tahan pedas.

Bila buat di rumah kita boleh adjust tahap kepedasannya. Nak versi kurang pedas boleh ikut resipi yang dikongsi Rodziah Zaharin. Nak pedas tambah saja cili api tu.

Cara buat ayam dan sambal geprek

1. Gaul ayam dengan 1 atau 2 biji telur. Kemudian gaul ayam tadi dalam tepung Bestari Spicy. Goreng guna api sederhana.

2. Siap goreng.

3. Cara buat sambal geprek. Ini bahannya:

6 biji cili merah besar
4 biji cili padi hijau
2 biji cili padi merah
1 1/2 biji bawang besar/bawang merah
4 biji bawang putih
1 biji limau nipis

4. Goreng bahan sambal kecuali limau dalam minyak panas selama 3 -4 minit. Tos bahan digoreng.

5. Masukkan dalam lesung batu bersama 2 sudu gula, 1 sudu garam. Tumbuk separuh lumat.

6. Perah 1 biji limau nipis.

7. Masukkan cuka 1 sudu kecil.

8. Masukkan minyak menggoreng tadi sebanyak 1-1 1/2 sudu. Masuk serbuk perasa jika suka kemudian gaul rata. Siap!

Boleh hidang dengan nasi dan ayam goreng tadi. Boleh tambah dengan timun, tauhu atau tempe goreng.

Sumber: Rodziah Zaharin

Published by
VK