Ingat tak masa kecil-kecil dulu mak atau nenek kita selalu buat nasi goreng ini. Bahannnya cuma cabai kering, bawang, ikan goreng lebihan semalam tapi rasa nasi goreng ini punyalah sedap. Sampai sekarang kita teringat-ingat.
Kalau teringin nak rasa kembali nasi goreng nostalgia ini buat je sendiri. Caranya dikongsi oleh Shamshinar Mohd Darus.
Cara buat nasi goreng cabai tumbuk, isi ikan goreng
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Cili/cabai kering – rendam dengan air panas dan tos
Bawang merah
Bawang putih
Ikan goreng – ambil isi ikan saja
Ikan bilis
Cara membuat:
1. Tumbuk semua bahan kecuali nasi dan ikan goreng. Jangan tumbuk terlalu lumat (jika guna pengisar rasanya akan tak sama).
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula jika mahu. Gaul hingga sebati.
4. Bila nampak bahan ditumis sudah masak masukkan nasi sejuk dan isi ikan goreng. Gaul sebati.
5. Siap boleh dihidang.
Info: Jika tak mahu pedas boleh tukar cili kering kepada cili hidup.
Selamat mencuba.
Sumber: Shamshinar Mohd Darus
Ahli Kimia Kongsi Cara Mudah Bersihkan Dinding Bilik Air Yang Banyak Kotoran Degil
Satu rutin yang memenatkan di rumah adalah membersihkan bilik air, terutama bahagian dinding yang melekat kotoran degil. Memang kena sental.
Tapi sebenarnya kalau tau cara yang betul, tak perlu guna tenaga yang banyak menyental. Dikongsi oleh ahli kimia Dr Fatimah Salim
BERSIHKAN DINDING KAMAR MANDI DENGAN MUDAH
Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya. Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Yang biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.
Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.
AMARAN: Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!
CARANYA:
Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas penyembur yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor.
Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman.
Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat. Jika masih lagi ada bau peluntur, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain.
Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas. Contoh untuk mangkuk tandas, spary keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan. Pastikan buka tingkap atau pintu untuk membebaskan keluar gas cecair peluntur yang meruap. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.
3) Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat. Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula.
4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil!
Semoga bermanfaat
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Kalau nak lebih mudah beli terus Clorox jenis semburan https://invl.io/cliiq79
Petua Paling Mudah Lembutkan Daging, Cuma Letak Minyak Saja. Ramai Dah Cuba Memang Menjadi!
Hidangan daging memang jadi kegemaran tapi akan jadi spoil kalau dagingnya liat. Sebab itu macam-macam petua diberi untuk pastikan daging dimasak jadi lembut. Letak sudu besi, daun betik, lemon, cuka dan macam-macam lagi. Ada juga yang terpaksa rebus lama untuk pastikan daging lembut.
Tapi cara yang dikongsi oleh Puan Mahamidah Hamdan ini cukup mudah dan terbukti berkesan untuk lembutkan daging. Boleh baca komen-komen di posting beliau.
Tak perlu rebus cuma letakkan minyak saja. Tak pernah dengar lagi kan!
Letak 2 sudu minyak
Cara lembutkan daging. Selalu kita rebus tapi cara saya tak rebus.
Cara cikgu ida nak lembutkan daging.
Selalu org rebus kan ?
Tapi cikgu tak rebus.
Cara-caranya :
1. Bubuh 2 sudu minyak masak dalam kuali. Panaskan minyak.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging. Guna api yang kuat.
5. Kacau sekali sekala daging dalam kuali. Masak sampai air kering.
6. Dah hampir kering air daging barulah kacau banyak kali.
7. Bila air dah kering maka lembut lah daging tadi.
8. Kemudian bolehlah angkat daging dan masak ikut cita rasa.
Dah lembut dagingnya…
Cara ini daging jadi empuk dan lembut, mudah dan ringkas caranya.
Sumber: Mahamidah Hamdan
Cara Sukat Masak Nasi Lemak Untuk Berniaga Atau Makan Ramai
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Sumber: Fazniza Razali