Salah satu hidangan nasi dari negara jiran Thai yang kena dengan citarasa kita adalah nasi khoumok atau nasi komok.
Nasi Khoumok ini adalah variasi nasi ayam biryani Thai yang ayamnya diperap di atas nasi yang penuh rasa kemudian dihidang dengan potongan segar tomato, timun dan sos cili Thai. Ringkas tapi sedap.
Hidangan ini boleh dimakan waktu pagi membawa ke tengah hari. Cara membuatnya juga agak mudah dan dikongsi oleh Rozmaliza Omar.
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
3 sdb minyak sapi/ mentega
2 batang akar ketumbar
3 sdb rempah khoumok
Rempah 4 sekawan
1 pokok daun ketumbar hirus kasar
1 kiub ayam
2 sdb susu pekat manis/ cair
Bahan hiris
1 labu bawang besar merah
1 Inci halia
4 ulas bawang putih
1. Cuci beras basmathi rendam selama 30 minit atau 1 jam.
2. Masak air dalam rice cooker hingga mendidih. Sambil itu panaskan minyak sapi/mentega dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi.
3.Masukkan rempah khoumok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng sekejap beras. Hati-hari mengacau supaya tak hancur.
4. Tuangkan beras dalam rice cooker berisi air mendidih tadi dan masukkan juga susu, kiub ayam dan garam.
5. Tekan butang cook dan masak nasi macam biasa.
1 ekor ayam dipotong 12
1 labu bawang putih
4 batang Serai
2 inci halia
1 sdb ketumbar biji
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb cili giling
Sedikit garam dan serbuk perasa
1. Semua bahan kecuali ayam dikisar dan dilumur pada ayam.
2. Perap selama 30 minit atau sejam.
3. Goreng ayam dalam minyak banyak hingga masak.
Tip: Untuk dapatkan ayam yang cantik dan serdak yang tak hangus api perlu dijaga, jangan terlalu besar atau kecik apinya.
10-15 biji cili padi merah hijau
4 biji cili besar merah
3 ulas bawang putih
1 pokok akar ketumbar
2 biji tomato masak ranum
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
1. Kisar semua bahan.
2. Masak hingga agak pekat dan nampak berkilat. Hidang bersama nasi khoumok, ayam goreng berempah, sos thai, daun salad, hirisan timun dan juga tomato.
Selamat mencuba.
Sumber: Rozmaliza Omar.