Kucing kesayangan luka, ada kurap atau kena fungus tapi nak beri ubat krim bimbang dijilat. Bahaya pula.
Untuk lebih selamat boleh gunakan natural remedy yang dikongsi oleh Suhaili Baharudin. Hanya gunakan minyak kelapa dan juga kunyit saja. Caranya boleh ikut langkah yang beliau kongsi. Minyak ini juga boleh kita gunakan sendiri untuk luka.
DIY natural remedy untuk kucing luka, lebih selamat dan non toxic
Mak sediakan resepi ubat sapu jika majikan kita luka sana sini. Kalau guna krim sapu dari farmasi atau klinik, selalu risau kalau depa terjilat kan? Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral.
Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat 2 bahan ni untuk kita dan para majikan. Yang penting ia selamat dan non toxic. Luka pun cepat baik!
Kita perlukan cuma 3 bahan
1. Kunyit hidup
2 Minyak kelapa (coconut oil)
3. Botol
Nota: kalau guna virgin coconut oil lagi bagus.
Ads
Cara membuat:
1. Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu kering beria, boleh lap dengan tisu dapur saja.
2. Letakkan dalam botol, tuang minyak kelapa tadi. Tak ada sukatan tepat untuk sebanyak mana kunyit dan minyak tu. Agak-agak saja. Yang penting kita bersederhana saja.
Ads
3. Tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Letak aje di satu tempat. Dalam tempoh ni minyak akan menyerap semua khasiat kunyit tadi.
4. Selepas 2 minggu warna dah bertukar. Kunyit semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus boleh sapu pada luka majikan kita yang buas amat tu. Mereka menjilat? Tak ada masalah. Terus jadi ubat untuk depa.
Ads
5. Tengok warna minyak dah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak tu akan cepat kering. Natural remedy tanpa bahan sintetik. Oh ya, kita bibik-bibik ni sesuai juga.
Selama mana minyak ni elok?
Selagi tiada bau hapak. Kalau dah bau hapak tu maksudnya dah expired jadi bolehlah dibuang, jangan gunakan dah ya. Jadi boleh buat dalam kuantiti yang sikit aje dulu supaya tak membazir.
Cantik gebu pau yang dihasilkan oleh Rahmah Rosmin. Licin saja permukaannya langsung tiada kedut. Kita juga sebenarnya boleh hasilkan pau sebegini, asalkan tahu rahsianya.
Tak lokek berkongsi caranya, beliau yang juga sebelum ini membuat pau untuk jualan menurunkan tip membuat pau yang cantik, gebu dan licin.
Rahsia buat kuih pau yang gebu & licin
Bahan A
1/2 cawan air suam kuku (boleh tambah jika adunan masih keras)
1 sudu teh yis
1sdb gula kastor
Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas kacau dan biarkan berbuih (lebih kurang 5-6 minit)
Bahan B
2 cawan tepung pau / tepung gandum
1 sdb penuh (membukit) shortening
1 sdb susu pekat manis
1 sudu teh baking powder
1sudu teh super cream/apa2 pelembut roti (tak letak pun boleh)
Secubit garam
Satukan semua bahan B di atas, gaul hingga jadi serbuk
Cara membuat
1. Masukkan larutan yis ( bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli, tambah air sedikit demi sedikit sekiranya doh masih keras (doh jangan keras dan jangan lembik)
2. Uli doh hingga sebati dan licin. Tutup doh & rehatkan sekejap dalam 5-10 minit.
3. Kemudian buat bulat ikut saiz yang disukai.
4. Ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas minyak, perap hingga naik lebih kurang 25 – 30 min (bergantung pada keadaan).
5. Kukus 7 hingga 8 minit. Tip waktu mengukus: Sebelum kukus balut penutup kukusan untuk menggelakkan air menitis agar hasil pau gebu cantik. Selain itu elak juga kukus dalam tempoh yang lama kerana pau akan berkedut, tak licin.
Kuih sagu atau lopes sagu ini antara hidangan yang mudah disediakan. Nak makan waktu pagi boleh, petang pun ok.
Cuma masalah bila buat kuih ini adalah sagunya tak jenis sekata. Masih ada biji putih. Bila begini, kuih sagu jadi tak cantik.
Bagi menghasilkan kuih sagu yang jenis, masak sekata tanpa biji putih, Mas Cotek menurunkan caranya.
Cara buat kuih sagu dan tip dapatkan sagu jernih sekata
Bahan-bahan:
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
4 cawan air
Sedikit pes minuman berperisa ros
2 helai pandan disimpul
Kelapa parut digaul dengan garam
Cara membuat:
1.Dalam periuk panaskan air, pandan dan perisa ros hingga mendidih
2. Keluarkan pandan kemudian masukkan sagu. Kacau sebati.
3. Masukkan gula dan kacau rata.
4. Perlahankan api (sehabis perlahan ye) dan tutup periuk. Opah guna periuk nonstick jadi opah biarkan bertutup lama sikit dalam 15 minit. Kacau sesekali saja. Ini cara untuk jadikan sagunya jernih sekata (lain orang lain caranya kan).
5. Apabila sudah agak pekat dan kesemua sagunya jernih tuang dalam loyang.
6. Biarkan sejuk dan barulah dipotong.
7. Gaul dengan kelapa parut tadi, sedia untuk dihidangkan.
Ramai yang cuba tanam pokok ketumbar di rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan.
Tapi malang ada yang banyak kali cuba tanam tapi tak juga hidup. Anak pokok naik tapi tak tahan lama kerana batang pokok busuk terutama sekali bila tanam melalui keratan akar.
Masalah yang sama dihadapi oleh Rosziyana Bakar. Namun setelah cuba tanam melalui kaedah biji benih barulah menjadi. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari beliau. Turut dikongsi tip penjagaan supaya kekal subur.
Tanam pokok ketumbar cara ini baru menjadi!
Pokok ketumbar atau coriander. Sebelum ini, banyak kali tanam guna keratan akar batang tapi tak menjadi. Bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.
Kali ini, cuba semai daripada biji ketumbar (beli di Mr. DIY jenama Trio). Tak rendam dulu pun, terus semai. Alhamdulillah, senang hidup dan subur. Apa yg saya belajar.
Anak ketumbar usia 2 minggu, waktu ini kena letak tempat teduh dulu.
✅2 minggu baru tumbuh.
✅Siram pagi & petang.
✅Siram waktu tengah hari jika cuaca panas & pokok nampak layu(1 gelas air sahaja).
Anak pokok usia sebulan. Dah kena alih ke pasu lain, mencabar sebab akar dah bercantum.
✅Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain).
✅Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras.
✅Pokok ketumbar suka air, tanah kena sentiasa lembap tapi bukan terendam ya.
Usia 2 bulan, dah banyak pokok dapat. Subur semuanya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...